Jumaat, 23 November 2012

Gurindam Tengahari


Daun teh dipetik-petik
Dipetik-petik si anak kampung
Hati siapa tidak terjentik
kita senyum dikata sombong

Petang-petang minum teh
minum teh di kedai mamak
hati siapa tidak letih
dikata sombong sungguh tergamak

Pagi-pagi bancuh teh
bancuh teh dengan gula
jangan pilu jangan sedih
hilang duka entah bila

Nota Diari : Selamat Menjamu Minuman Petang..

Tiada ulasan: