Khamis, 1 November 2012

JeJaK keNangAn - Part Two



sALam semuer..post ini adalah kesinambungan semalam yang telah MR save 
dalam draft sejak akhir-akhir ini..

Perjalanan selama 8 jam di ruang legar udara benar-benar membuatkan MR merasai kebesaranNya..itu pertama kalilah MR naik pesawat, yelah sapa nak bawak kau jalan ke obersi kan? Belajau pun tak habis lagi..berangan nak ke negara orang..

MR yakin ada antara korang yang dah pergi ke sana..gembira dan rindu jadinya!
Dalam flight, ingat MR lagi..MR duduk dengan pakcik berstatus warga emas..MR tak berbual sangatlah..selain membaca apa-apa yang patut, MR suka jalan-jalan dalam pesawat melihat pramugara dan pramugari MAS bekerja..he he..kebetulan bapa saudara MR ada bertugas semasa kami ke sana, maka MR 'terlepas' daripada sound krew-krew kabin..ho ho..sorri..

Perjalanan memang meletihkan walaupun tak berjalan..tapi hati dipujuk dengan hidangan sajian makanan yang dibawa oleh  pramugari MAS yang telah dilatih untuk senantiasa tersenyum..peliknya MR sepanjang 8 jam perjalanan boleh dikira dengan jaRI MR jenguk famili MR di seat lain..menjajau MR cari..seperti anak kehilangan ibunya! 

Tapi itu hanya perkara kecil dan kurang mencabar..saat yang dinanti dengan hati yang penuh berdebaran telah tiba bilamana pintu kabin pesawat dibuka..panas dan hangat udara bumi Mekah! Itulah pertama kali MR melihat dengan mata kepala sendiri airport King Abdul Aziz..perghhhh..syukur alhamdulillah..

Para jemaah diwajibkan untuk singgah atau pergi dulu Madinah sebagai ucap tanda selamat datang sekaligus dapat mengunjungi makam Baginda yang dicintai Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi..sekali lagi MR mengucapkan rasa bersyukur..sangat dan tersangat teruja!
Sayangnya MR pada masa itu tidak bawa bekalan gajet seperti sekarang yang lebih canggih manggih..aksi dan gerak laku ahli-ahli kumpulan macam tempe dalam bakul, lembik kerana keltihan teramat..semuanya mulut terlopong semasa tidur..uishhh...MR dan emak sahaja masa tu yang tak boleh tidur dalam perjalanan..tak tahu kenapa..maybe excited..

MR lebih teruja nak bercerita peristiwa yang berlaku di Bukit Arafah..
bukanlah disebabkan MR terhegeh-hegeh nak panjat bukit tu sebab nak berdoa cepat jodoh, idaklah yer..no no..no..bukan itu..kisahnya pada hari ke-7 kami di sana, agensi travel kami memaklumkan akan melakukan lawatan ke padang/bukit Arafah..ingat lagi MR masa tuh kami gerak seawal jam 8.00 pagi selepas melakukan tawaf sunat di kaabah..

Dalam van, MR rasa hanya adik dan MR sahaja mulut macam burung kelicap..cip..cip..cip..borak pasal sejarah la walaupun ada part dalam sejarah Islam yang MR kurang arif sikit..dalam perjalanan kami macam rusa masuk kampung, jakun dan lebih ke arah teruja sebab yelah pertama kali dalam hidup melihat kiri dan kanan tanah-tanah gersang..hanya ada rumput dan pokok kecil sahaja..MR ingat lagi, ada sorang pakcik asal dari Kodiang semacam meluat kami kami 2 beradik..kami ni memang dilahirkan untuk meriuhkan orang pokcik hoiiii...

Pendek cerita lagi..tiba di kawasan Padang Arafah, sikap teruja kami dah tahap melampau-lampau..tapi masih dalam kawalan dawai besi tataetika arwah bapak kami..hi hi..mana taknya, melihat unta-unta dihiasi dengan rambu-ramba kat badan-badannya saja dah menarik hati! Dan pertama kali itu jugalah MR tengok najis Unta, eiii bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar...

Adik MR masa tuh excited menjerit nama MR agar melangkah dengan segera meninggalkan kumpulan kami di belakang selepas jurupandu travel kami memberikan tempoh 40 minit untuk lepas bebas di kawasan padang Arafah..MR jangan tak excited..dengan kain telekung yang berterbangan gebang ditiup angin sejuk-sejuk panas di awal pagi, MR berlari-lari anak ke arah adik..ingat lagi juga, nenek MR yang dah tua pun follow kami berdua sebab katanya risau kami diculik pak-pak Arab..haiya...

Degil-degil juga, kata orang tua angguk juga tanda mendengar nasihat..nenek MR dah berpengalaman gi sana, so dia tak heranlah nak panjat Bukit Arafah..kami ni yang jakun dan berkobar nak naik ni!! Kami hairan tersangat-sangat sebab ahli-ahli rombongan kami yang lain macam tak menunjukkan rasa teruja..eiii siap nak bersyak-syak lagi kan?? Tapi bila dicongak-congak semula, siapa lagi yang belia muda remaja pada masa dan tika tuh kalau bukan hanya MR dan adik sahaja..ha ha..

Baru 5-6 anak tangga kami panjat, MR pandang ke bawah..siap jerit lagi kat nenek..tak yah risau kat kami nek, tahulah kami kat atas nanti yer..yer..yer..(jerit yang melantun kononnnn)..tapi MR nampak air muka nenek dah lain masa tuh..kami ni teruskan memanjat, tangga jew yer..

Part kat atas, selangit kesyukuran kepadaNya MR berdoa sebab berjaya juga tiba walaupun dalam keadaan mengah dan lelah..adik MR tak perasan pula dia kat mana masa tuh sebab memasing terkesima melihat panorama alam dari atas bukit..tetiba MR dengar adik MR menjerit, don't touch me! Waduh..MR cari dan tertoleh-toleh ke arah datangnya suara..dahlah ramai, dalam sekelip mata..tadi masa daki tak lak ramai orang..mungkin sebab terkesima, kita terlupa ada orang lain di sekeliling kita!

Rupa-rupanya tangan adik MR sedang dipegang oleh lelaki yang berkulit gelap, macam negro pun ada..dia minta kami bergambar kat tiang yang tercacak di situ..kami memanglah tahu tempat ni tempat sejarah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa..tapi mamat Negro ni paksa gila-gila supaya kami beli dan bergambau kat situ..paksa satu hal, pahtu peluk-peluk adik MR dan siap rampas cermin mata adik MR masa tu!! MR naik hangin lah adik sendiri diperlaku macam tu..yang bagusnya dia tak ushha orang perempuan..jadiknya MR speaking ar kat dia apsal dia nak paksa-paksa kita beli dan bergambau dengan 'kodaknya'?

 MR ugutlah nak buat report kat polis nanti (cehh konon), tapi tetap tak puas hati..dalam hati MR dah kecut, mamat gagak hitam ni tak reti bahasa kot..apalagi, MR rentap dan  tarik tangan adik MR supaya lari turun ke bawah..yang bengongnyer adik MR siap tahan MR lagi katanya nanti dulu, kau dah sembahyang dan doa ke belum mintak jodoh cepat ? Ada ke patut..menyumpah sialan aku dalam hati..budak ni kang aku pelangkong kang marah mak bapak nenek kat bawah susah lak nanti..last-last dalam kalut-kalut MR cakap, tak payah, kita dah tak sempat..nanti-nanti aku doa untuk jodoh aku..lambat lagi aku nak kahwin, tak yah doa sekarang..ha..kan dah terlepas cakap..nak buat macam mana??

Dengan sepantas kilat, sambil bercakap sambil berfikir apakan jadi kat bawah nanti..peliknya tak der sapa yang nak selamatkan kami kat atas bila ada insiden kejar mengejar gagak hitam tu kat kami berdua..dari atas MR menjerit panggil nenek..minta tolong!! Tercungap-cungap penat kau..

Nenek dah kalut..dalam kalut tu juga MR nampak benau dia marah kat kami sebab dia tunggu hampir sejam kat bawah??!! Biau benau?? Rasa macam kejap kat atas...pelik tapi benar sebab kami yang lalui di sana..yang kami lebih kecut nak terkentut bila arwah bapak kami dah tunggu juga belakang nenek! Dengan bengisnya bapak kami panggil kami biadap sebab membiarkan ahli rombongan lain tunggu lama sebab perangai kami 'bermain' di atas bukit..bapak salah sangka..mujur nenek halang mat negro tu yang tetiba nak tarik adik MR lagi..kami pun cerita hal sebenar kepada nenek dan bapak apalagi bapakku telah 'sound' hitam tuh dengan loghat englishnya..caiyok bapakku..

tapi mat hitam tuh masih tak puas hati..nenek MR nasihatkan supaya jangan layan orang tuh dan bapak paksa kami lari dulu ke van kami..tapi tetiba mat negro tu rentam kain telekung, itu yang MR hengat bilamana MR toleh semula ke belakang..dengan pantasnya MR sepak kaki mat hitam tuh, terus MR cakap ; I'm so sorry..


Fuhh..kami masuk dalam van diam seribu bahasa..hanya peluh yang membasahi baju dan melekat kain telekung MR..hidung adik MR ada darah kesan 'ragutan' mat hitam semasa nak curi cermin matanya..mak MR geram tak terkata, antara marah dan kesian kat anak sendiri yang ditimpa ujian di bukit Arafah..MR pejam jew mata sepanjang perjalanan pulang ke hotel..sayu, sedih dan takut silih berganti-ganti..tambah MR geram, pokcik Kodiang tu lak yang bising macam mulut murai dalam van..menyindir tak habis-habis kat kami berdua katanya bersemangat nak berdoa jodoh cepat di bukit Arafah..dia tak tau yang ME punyer sikit kelam kabut nak selamatkan diri..MR sabau, sabau juga..dah tak habis hampir 30 minit mulut dia tak tutup, MR balas..pokcik, ..doa kat bukit Arafah mungkin lebih afdal, tapi kalau tak berusaha nak cari tak guna jugak..mintak maaflah kalau sebab kami menyebabkan kita semua lambat gerak..pokcik jangan cakap lebeh, ni tempat orang..huh..agak kurang bahasa jugak MR masa tuh..

Sampai di hotel, pokcik Kodiang tuh bersalaman dengan adik MR..tanda bermaafan..MR tak kisah sangat sebab tak simpan dalam hati pun..tapi MR rasa bersyukur daripada peristiwa yang terjadi tanpa diduga..
semoga yang berlaku menjadi pengajaran dan teladan untukku sampai bila-bila..

-Sekian-



Tiada ulasan: