Rabu, 14 November 2012

Panjangkah Jodohku?



Dalam kehidupan, kalau tak der hobi memang kusam kulit kau dibuatnya..jangan fikir orang laki jew yang bermatian nak makeup kereta..orang pompuan pun boleh tahan kuat semangatnya nak mencantikkan kereta yang telah banyak berkorban tenaga menghantar puannya ke kaki tempat kerja! muehhihi

saja aku letakkan gambau kereta alza dan preve sebab benda alah ni lah menyebabkan otak aku bergerak-gerak 2-3 minggu ni..last-last aku pejemkan mata kepada preve demi memberi kesetiaan kepada alza..

alza kereta ketiga aku guna selepas vios dan myvi..hi hi..myvi 6 tahun aku guna..dah bayar lum sum hutang, batin aku menjerit soh mendrive vios lak..dream come true..algamaknya..akhirnya, hubungan aku bertahan selama 1 tahun sahaja..aku pasrah! Viosku lepaskan, tanpa beribu sesalan..

Kini aku meniti bahagia bersama alza..tapi itulah, kehadiran preve membuatkan aku lelah dan mujur tak diserang asma..aku cuba tahan ujian dan godaan yang hadir tanpa dipinta..siapa yang memulakan kurang pasti aku dibuatnya..

Demi menyelamatkan hubungan aku dengan alza, aku buat apa sahaja asalkan semaian yang aku baja mampu memadamkan ingatanku kepada preve..semalam aku bawa ke kedai aksesori, aku pesan pada budak cina tuh makeup cantik-cantik jantung hatiku (selain anak-anak)..aku pasang slide door..dan langsung aku tempah bodykit untuk alzaku..insyaAllah..alzaku akan gaya menawan menjelang akhir tahun..

Ya Allah, tetapkanlah imanku dari godaan harta benda dunia, amin!

Hati tetap bertanya..masih panjang lagi jodohku dengan alza..




Tiada ulasan: