Rabu, 21 November 2012

Rindu Zaman Student


Terima kasihlah kepada insan yang mencampakkan gambo ni kat internet..buat pengubat rindu kat MR..inilah pemandangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) tempat MR studi dolu-dolu, kira-kira 8 tahun yang lepas..


Ini laluan ke bilik pensyarah-pensyarah PPSK..kalau petang dan malam memang sonyi gilers..jangan berdua lalu, harus bertiga atau lebeh yer!! Hengat lagi MR, ada satu ketika, pepohon yang menghijau ni kadangkala mengeluarkan bunga-bunga kekuningan..sweet sesangat..nak-nak lagi lepas hujan..bertaburan atas jalan bunga-bunga tuh..sayang MR masa tuh tak ada gajet yang boleh zoom gambo..sedehhh


Yang nih pulak Rumah Tamu USM..betul-betul kat atas bukit..hehe Bukit Minden student-student ni panggil..pon sonyi kalau lalu pepetang..lupakan pasal sunyi sepi, Rumah  Tamu nih yang pastinya mengadap jambatan Pulau Pinang..kalau malam lip lap lip lap la lampu neon kat jambatan tuh..so romantik la kaw..


Pintu masuk ke USM ni bukan dari arah Sungai Dua atau Gambir tapi dari arah Gelugor..


Pemandangan ni kalau tak silap boleh tengok dari arah HBP (School Housing, Building and Planning)..

Ntahlah..sewaktu MR lakukan entri-entri ini semua, rasa jiwa dan hati ni ada dah kat sana..rindu menggigit jantung ni wehhh..insyaAllah, MR kalau boleh dan sesangat berharap andai kata dapat sambung belajar satu masa nanti memang USM pilihan hati yang pertama..kalau tak dapat, cukup-cukup sudah..ada duit lebih, baik aku rezain dari worklah!!!

Tiada ulasan: