Jumaat, 30 November 2012

Semaian Untuk Diri


Dalam diam dan berharap, setiap hari yang kulalui bersama si budak kecil agar rumahtangga yang dibina dilindungi Maha Esa..
Memang aku wanita yang tak berdaya, namun walau tak berdaya kadangkala selalu inginkan yang terbaik untuk diri, suami, anak-anak dan keseluruhan alam rumah dan tangga kami..
Hampir menginjak ke ulang tahun yang keempat, jarang sekali aku bersikap getik dan romantik..(konon..)

Tidak suka berdalih dan beralasan sibuk kerana ANAK
dalam segala hal, kepenatan dan keletihan menjadi berganda
aku perlukan SUAMI untuk segala-galanya dalam syurga rumahtangga
bertuah dan amat BERSYUKUR ditakdirkan berjodoh dengannya
itu yang selalu kuucap dalam diam 
walau sekurang mana pun dia
bapa kepada anak-anakku sedaya upaya menjadi BAPA

fasa pertama melayari rumahtangga
masih dalam atmosfera menyesakkan dada
sabar..sabar
demi Ainur yang baru nak bergaya
demi Aysraf yang baru nak tumbuh gigi banyak

Terima kasih ALLAH
Terima kasih suami


Tiada ulasan: