Isnin, 10 Disember 2012

Hidup Tak Indah Kalau Tiada Cabaran


memang tugasan di pejabat tak akan habis..sampai pencen, jadi balaci orang..bukan cengeng dengan orang atasan, tapi kalau ijazah berlambak kat dalam fail keras dan dinding rumah atau pejabat, mengarah orang dek hidup tak keruan jugak..bukan senang nak senang oi..

saja nak kaitkan 'nyanyi sunyi' dengan kehidupan 'panjang' MR sekarang..yup SEKARANG..apa hal SUNYI lak kan??

nama penulis novel ini, sempatlah kami berkenalan sekejap walaupun tak sampai setahun..kenal atas 'tugas rasmi' di bawah bumbung Munsyi Abdullah..lewat musim yang lalu, penuh bebunga sakura!

yup, MM yang 'bertugas rasmi', bukan MR..Maskiah yang MR kenal adalah seorang pendidik yang berjiwa sastera yang begitu tinggi..kalau bintang di langit boleh digapai, dah berkalung agaknya bintang-bintang tu kut kat tudung labuhnya..memang best sesangat saat-saat kowang berada dalam kelasnya. tak ngantuk, tak hangap. sayangnya MR tak kenal dengan lebih jauh lagi!

bukan nak mengulas kisah NS dalam entri kali..benar kata orang, kalau ko susah..taim tu ALLAH  tempat kita mengadu..memang kita solat 5 waktu sehari semalam..selain orang tua yang masih ada, dialah pulak tempat kita mengadu canda..

sedar tak sedar, kalau belajar degree dulu 3-4 tahun dah 'cukup' belajarlah..saat mencecah 'baru bekerja' hampir menginjak 8 tahun, cabaran dalam dunia pekerjaan MR rasa inilah saat kemuncak kesabaran MR dalam berdepan dengan 1001 SIKAP MANUSIA di sekeliling MR baik pesakit dan keluarga, rakan-rakan sekerja dan seangkatannya. 

ko senyumlah macam mana sekalipun, ko duduklah semeja makan minum sambil tergelak-gelak dan ko buatlah apa saja untuk mereka yang berada di sekeliling.......tapi sampai satu ketika, bila kau ditimpa ujian musibah..adakah mereka yang berada di sekeliling SEKARANG menolong dan sama-sama mengatasi masalahmu? 

jarang MR menulis kisah peribadi di pejabat terutama di ruang maya ini..teramat jarang! hanya stori happy dan yang 'duka' MR simpan kemas selagi belum terasa rimas!

hujung minggu, saat di penghujung maghrib terasa sayunya hati..hiba sungguh denyut nadi..masih bertelekung MR memegang tangan suami sendiri, mungkin meraih kekuatan dan semangat daripadanya. bukan nak 'menjual' kesedihan di SINI tapi MR hanya mampu lakukan dengan cara sebegini. siapa manusia yang mempertikaikan ibadah hamba ini yang masih camping dengan ketinggian ibadahnya sendiri? sekadar ingat-mengingati tidak apa, MR sedar! dek kerana hanya satu kes yang dah tiba penghujungnya, tiba-tiba MR disentap dengan arahan untuk 'menjawab' secara bertulis oleh timbalan pengarah di sini..wauuuu..sentap mak nyahhhh

setiap permulaan, ada pengakhirannya..kes yang agak berat dan telah pun mendapat pelbagai bantuan hasil daripada permohonan MR yang tidak seberapalah sangat dan kebanyakannya tidaklah membuatkan hati donor menangis sambil lap hingus yang meleleh kot..

kerja kebajikan memanglah tak memilih bulu atau dengan bahasa terhormat, tak memilih agama dan bangsa..kau kalau nak bercakap BERSYUKUR tak semestinya melayu sahaja yang reti bersyukur, bangsa lain pun tak kurang juga untuk mengucapkan kalimat suci itu..tapi kalau dah TERKENA nasib dapat kes bangsa non MALAY yang depan lain, ditambah lagi dengan campur tangan dan kaki anasir-anasir lain, kes yang kecil akan menjadi besar-besaran!

aku, dapat kes hari ini kalau boleh nak settle hari ini jugak! siapa terfikir dan siapa menduga kes yang diterima dapat pula bantuan penuh daripada pihak pemberi bantuan..tipulah MR cakap dapat hari yang sama, jangan fikir jahat pula. maksud MR dah lengkap dokumen dan lengkap laporan dari MR barulah MR hantar ke agensi bantuan. 

mungkin niat nak menolong pesakit mengatasi segalanya dan dalam masa yang sama memikirkan MR akan bercuti 3 bulan pada masa itu (2011)..dek kerana kasihan pada rakan sekerja yang lain, sedaya upaya MR siapkan segala permohonan baru! mudah kata, kejau masa selagi terdaya! orang yang kenal MR memang berbulu dengan kerja MR. kau lambat, aku tinggal..macam tu jugak dengan pembekal..kau fikir kau pembekal terkenal, rapat dengan pakar ke tapi bila aku mintak quot barang lambat makanya jangan harap MR nak tunggu tau! melambat kerja aku nyah....

uhhh kisah yang panjang, terus menjadi memori pahit untuk dipadam..bukan untuk diingati dan bukan pula mudah untuk terus dilupakan.. saat dan ketika ini, kau merasa diri sendiri tiba-tiba menjadi KESEORANGAN, sepi..kosong..benar cakap seorang rakan sepejabat aku ; jangan mendengar sebelah pihak..ya, hanya diri sendiri yang tahu cara kita bekerja! selama MR di sini, MR ligat dengan kerja yang MR suka malah memang kena dengan studi MR dulu di USM! 

buat kes, ada noted..bukan sekadar tulis 'case noted'..that's why panjang berjela dalam rakaman kes MR sebab cakap mulut lain, cakap di kertas lain! tambah-tambah MR memang jenis cepat pelupa selain nak mempraktis menulis agar kekreatifan menulis tidak tinggal begitu sahaja..cakap pasal MENDENGAR, sejak setahun yang lalu MR dihentam hebat baik ORANG DALAM PEJABAT sendiri mahupun pihak doktor pakar, MR sedaya upaya menahan takungan air mata agar tidak bah! 

sedar dalam tak sedar, dalam baik ada lawan..dalam lawan jangan jadi kawan terus! bersyukur kepada ALLAH sebab diberikan kesedaran agar tahu dan kenal manusia yang bukan dari sedarah sedaging keturunanku. bukan nak bermusuhan tapi kalau hidup KAU nak menilai belakang aku, serupa jangan tegur atau senyum dengan MR terus..

sedari setahun yang lalu pun tidak pula MR kompangkan doa berkurun agar kes terhangat ini diselesaikan cepat, ada pula yang minta agar MR tunaikan solat hajat. bukan ego atau meninggi diri..salah benar ke MR dalam hal ini? tak cukup pertikaikan doa dan ibadah kenapa disumpitkan pula dengan cara kerja MR di pejabat? memang MR rasa gelihati dan cengeng dengan statement verbal si polan yang mengatakan rakaman kes panjang melaut tapi dah terkena aduan tahu nak jawab macam mana? 

ini luahan, maaf ruangan dan blog MR..tak rasa pula selama ni hebat macam si Teja atau secantik primadona melayu dahulu kala..cukuplah..dek kerana berani, MR akan berdepan sendiri dengan COO kalau itu yang dimahu..dengan fail kes juga MR akan bawa..biarlah bersendirian..tanpa ditemani oleh atasan dan kanan serta kiri jabatan sendiri! sekali lagi, bukan ego tapi tiada siapa yang sudi bersuara menamatkan kes yang telah selesai menerima bantuan!

nyanyi sunyi menemani MR sekarang..sebelum menjelang 2013
satu kes yang panjang, penuh bergolak 
kenapa aku memilih pembekal BB, ya hanya aku yang tahu
jawapan aku sama, aku nak CEPAT kerana aku pekerja CEKAP (harus aku sedar, ini diri aku!)

Kesimpulan:

setelah 'selesai' urusan bapa/waris pesakit termasuk sikap degil/keras kepala pembekal yang tidak mahu memulangkan semula alat yang telah dimodifikasi-aku semakin TERSEDAR, setiap yang berlaku ada hikmahnya..setiap penghujung ada pengakhirannya.

Inilah cabaran sebagai PEKERJA SOSIAL PERUBATAN..
bukan senang ada title PEGAWAI
segalanya terletak di bahu sendiri
so, kalau dah tersurat berkerjaya waima PENOLONG PEGAWAI, belajar daripada susah dahulu
belajar daripada susahnya menjadi pegawai
dan kalau dah rezeki kau jadi PEGAWAI ATASAN
ada masa terluang
jenguklah hati orang di bawah
buanglah jawatan ke tepi
kalau kau sendiri pandai cakap daripada mengambil tindakan berani membela anak buah sendiri!

Epilog : 5/12/2012 
BAPA PESAKIT TELAH MEMBATALKAN ADUAN MENDAPAT KERUSI RODA BERMOTOR MURAH DAN KURANG STANDARD


Nota Diari :

Hidup Tak Indah Kalau Tiada Cabaran

Tiada ulasan: