Khamis, 20 Disember 2012

Mini Library




dulu masa MR kecik-kecik, sangat mengidamkan sebuah perpustakaan kecil di rumah..mungkin disebabkan arwah abah merupakan seorang guru, pastilah menimbun buku-buku kan...perpustakaan kecil atau orang putih cakap mini library ni tidaklah sebesar macam kat perpustakaan negara tuh hah..ni cukuplah memuatkan koleksi bagai yang ada di rumah..yelah daripada bertaburan di sana-sini kat rumah tuh, baik mungkin diwujudkan satu zon membaca...perghhh dah macam 5S lak..patut pun, aplikasikan di rumah..

tapi MR memang dah terdidik daripada kecik, pantang mak datuk tengok buku bersepah-sepah..kat rumah sekarang MR belum habis 'kemas' lagi sebab kami combinekan rak mini suami isteri (haha..sorang beli kat KL yang sorang lagi bawak dari Maran..)

jenis rak open ni memang menyakitkan mata..ikut sempat jer MR susun..macam librarian pulak setiap kali dak Cerap ambik buku yang sama rendah dengan ketinggiannya..apa yang ada dicapainya, kendian muncung  bebel, last sekali soyattttt...hahaha

tak kisahlah tengok gelagat bebudak nih..cuma seawal pagi tadi MR termenung songsorang kat bilik nih..masih mencari idea untuk menghilangkan kesakitan mata akibat susunannya yang masih membosankan MR..boleh ajer MR beli rak buku yang lebih besar dan berkaca atas tapi belum sampai seru lagi..bukan senang nak pilih rak buku ni..cerewet sudah ;(

Tiada ulasan: