Isnin, 3 Disember 2012

Syukur Nikmat Allah!


Hari ni seribu patah kata tak terzahir dari bibir MR..SYUKUR yang teramat sangat dan bukanlah selama ni tak bersyukur sangat kepada pencipta alam semesta ni..ya Allah..syukur alhamdulillah..pertamanya sebab MR diberi segala kelapangan dan dijauhkan dari kebejatan dan kekusutan manusia yang penuh dengan selingkar putar alam..

MR bersyukur dikurniakan rezeki, walaupun tak tinggi melangit tapi memang cukup untuk diri dan anak-anak..jika hasben nak bagi itu dah kira bonus, lebih pula dari cukup..kalau dia tak bagi, ada hal yang dah diberitahu awal-awal..bukan nak cakap kita ni baik sangat tapi sendiri ingat tangggungjawab di dunia mahu pun di akhirat kelak..berdosa pula kalau si isteri mendiamkan diri kalau tak tolong mengingatkan suami akan nafkahnya waima untuk belian tang dalaman..wooo

dan lain pula situasi, susah nak cakap dalam zaman sekarang..setiap isi rumah berbeza dengan isi rumah yang lain..so kowang kat luau sana tok sah nak bangga bangat kalau laki kowang doktor ke, bapak segala bisness ke, keje kat luau Malaysia ke..lupakan..lupakan..kini WANITA harus berdikari sambil tak lupa berdoa agar insan yang menjadi dalam ketua keluarga kita sentiasa dalam lingkaran redha ALLAH..

MR dan kowang semua..meh kita baca sama-sama ayat seribu dinar banyak-banyak..nak-nak lepas waktu solat sekarang..banyak kelebihannya..jumpa lagi!

Tiada ulasan: