Khamis, 31 Januari 2013

Tips Rembat Jiwa Anak


cakap pasal permata, orang semua tahu nilainya sangat berharga dan bermakna..kalau barangnya, tentunya harta dunia tu kita sayanginya sebaik mungkin. tapi kalau 'harta' kita, tak lain tak bukan adalah anak-anak..

negara kita masih lagi  bersyukur kerana pada dasarnya masih lagi menjaga kebajikan kanak-kanak..hope janganlah mempertikaikan sepenuhnya. hal ini kita percaya, ada bunyi-bunyi pro dan kontra..walaupun ada 'permata negara' di tanah air kita, namun serios....hal ehwal kanak-kanak baik dari sekampung-kampung ke sebandar-bandar masih lagi memerlukan pantauan dari 'orang dewasa', sebaik mungkin!

sebenarnya, dari semasa ke semasa kita masih lagi perlu belajar untuk merembat atau menawan hati anak-anak kecil ni..bukan mudah namun bukan pula payah

anak seorang, payahnya lain..anak dua, tiga dan seterusnya pun corak kepayahannya lain

keuntungan bagi mereka yang telah dikurniakan Ilahi mendapat cahaya permata walaupun seorang, perlu disyukuri setinggi langit! manusia merancang, tetapi perencanaan daripadaNya tetap maha terhebat dari perancangan manusia sendiri

ini pandangan peribadi semata, perkongsian dari hati..ibu ini masih dalam proses pembelajaran dengan mendengar dan melihat pertumbuhan pendidikan langsung dan tidak langsung

* dalam beg tangan seorang ibu, wajar menyimpan gula-gula atau jajan untuk mengalih masalah tantrum anak-anak
-situasi ini boleh juga dipraktikkan di rumah atau di dalam kereta-jajan memang tidak bagus tetapi ini antara panduan singkat beb!

* puji-pujian, jangan hanya pada seorang
-ibu/bapa hendak puji yang pertama, kedua dan seterusnya

* marah tetap marah tapi sudahi dengan dakapan yang penuh kasih dan sayang

* pujuk anak dengan 'berjanji' akan memberikan hadiah minuman/makanan yang menjadi kegemarannya..pasti, dah tentu bebudak ni suka!

* bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, peruntukkan masa 20-30 minit sebelum anak-anak tidur untuk bercerita apa yang berlaku sepanjang hari..selitkan dengan gurauan bersama mereka!

-insyaAllah, jika ada tips lagi kita sharing lagi okeh-

Kabinet Detolf IKEA



28 haribulan, masih lagi nak bersiaran ke Damansara dan yang tak enaknya, duit hampir gering sebab semalamannya pulak baru berhabisan di CH..urghhhh saketttt

disebabkan rumah kami di CA belum ada lagi almari, maka ditambah lagi dengan adanya promosi terbaik, dengan tidak berlengah kami terus buat keputusan untuk menyambar satu produk tersebut di IKEA..pejam mata bayau dengan harga promo RM179

malam tuh jugak MR minta cik hasben pasang almari kaca IKEA
hasilnya, amat memuaskan hati ni..dah tak ada lagi barang-barang tersimpan dalam kotak..

anak-anak pun, sekali cakap..alhamdulillah, dengar cakap mama dia yang macam singa ni..jangan sentuh, nanti tangan ada kena gigit dengan oppa (kucing siam rumah pengasuh..hi hi)

so, korang..kalau ada yang berminat apa lagi...pi lah IKEA..woooo

Interframe Awal Tahun 2013



kerja tetap kerja
bergambar jangan tidak-tidak
sesekali jadi modelling apa salahnya
untuk rakaman memori di masa-masa akan datang

Nota Diari : Setiap Gambar Ada Kenangan

Rabu, 30 Januari 2013

Kakak Oh Kakak


bulan 4 yang akan datang, ainurku bakal genap umur 3 tahun..kalau belajar degree kat IPT, bakal mengenggam ijazah..hihi

diam tak diam, dah 'besar' anak dara sunti mama ni..pengalaman macam-macam..marah, sedih, gembira, tawa-macam-macam!

yang bestnya, sekarang ni dak kakak akan meniru mamanya..apa sahaja! tutur bercakap, terutamanya!!

apa yang dia dengar, dak kakak akan buat pada adiknya..'bertuahnya kau ni', 'jangan nakal nanti kena babab', 'cuba dok diam dik'

terdiam, tapi itulah 'suaranya' sendiri yang meminjam semula ayat-ayat mamanya..huhu

rasanya, inilah situasi biasa yang anak-anak kita 'learn' dari dunia sekeliling..jaga-jaga, ada yang memerhati...tak cukup melihat, kanak-kanak ini akan belajar mendengar juga..

tapi, mamanya kalau dah tak tertahan bilamana tengok aksi mereka bergaduh sesama..mulalah akan 'mengugut' mereka untuk hantar bermalam di rumah pengasuhnya ; mama yaya..sungguh psikosis dibuatnya. magis kata-kata mamanya, mereka akan diam dan sunyi sepi! daripada tangan naik ke badan atau punggungnya lebih baik 'cabar' anak-anak dengan cara macam tuh..budak-budak nih patuh cakap kejap jew, bukan reti telan nasihat pun..sabau ajelah...yang dia orang tahu, MAIN, MAKAN, MINUM DAN TIDUR sahaja..woooo


Tips Elak Anak Hilang


cakap memang mudah, tapi untuk amalkannya pasti ada sesetengah ibu bapa akan terfikir sekali dua juga..apapun, pencegahan  kena ada sebelum berlaku insiden yang tidak diingini terjadi kat anak-anak kita.

seperti yang tersebar baru-baru ini berita tentang kehilangan 'misteri' adik William yang akhirnya terjawab apabila mayatnya dijumpai di perairan di kawasan Pelabuhan Klang..sebenarnya, ada beberapa lagi kanak-kanak di Malaysia yang telah hilang, tak tahulah sama ada diculik, disembunyi atau diseludup ke negara luar..sedihnya..empati betul!

tak boleh nak salahkan atau menuding ibu bapa sepenuhnya..bebudak atau kanak-kanak peringkat macam ini, buasnya tak terkata..masa ni lah dia nak perhatianlah, tunjukkan bakatlah dan segalanyalah..mahu naik hantu ibu bapa dibuatnya..kalau ibu bapa sendiri tak boleh bertahan dengan sikap mikap anak-anak ni, siapa lagi? Kot pengasuh tuh macam singa betina, untuk kebaikan MR tak mengapa lagi..

akta kanak-kanak dan nur alert antara elemen pencegahan yang boleh digunapakai selagi ianya merelevankan keadaan khususnya jika berlaku kehilangan kanak-kanak..sejauh mana efektifnya, tepuk dada tanya tingkahlaku diri kita..

ok, mari kita kongsi sesama beberapa tip untuk mengelakkan anak-anak kita daripada hilang..
kalau boleh jangan hilanglah, nauzubillah..

* tulis nombor telefon ibu bapa di belakang baju (kolar leher) anak atau letak kad kecil dalam poket seluar/baju anak-anak

* latih anak supaya fasih dan ingat nama ibu dan bapanya (latih sejak usia 6 bulan, dah terbukti benar!)

* ajar anak menjerit kuat-kuat jika disentuh oleh orang yang tidak dikenalinya

* jika suasana sesak (etc pasaraya dll), pastikan anak tetap dengan kita-alihkan tumpuan anak-anak dengan memberikannya buku/permainan yang digemari

* pada yang kaki shopping, mak-mak ni janganlah pergi waktu puncak..bila waktu-waktu yang suam-suam kuku tu bolehlah pergi..

* bagi ibu yang bekerja, pastikan ada staf sokongan yang boleh 'guard' anak-anak..siapa lagi, suamilah yang kena tolong..upahnya, belanja makanlah lepas tu..untuk elak tenaga habis sebab kejau anak, elok makan dulu..



-sekian-

Nota Diari : Elak Jangan Tak Elak

Semalam Di Cameron Highlands





3 hari 2 malam bercuti di Cameron, mungkin satu pengalaman yang biasa-biasa bagi sesetengah orang atau keluarga kot..inilah yang kemampuan MR dan cik hasben boleh pikul buat masa ini untuk menggembirakan hati kami sendiri, anak beranak tempoh hari!

dengan kudrat viva comel cik hasben (setelah tak terduga, kereta angsa putihku mengalami kemalangan, sedih..sobsobsob), maka dengan gigihnya cik hasben berjaya mensasarkan perjalanan terus ke Simpang Pulai untuk terus menuju ke Tanah Rata..ada hikmah kereta MR tercium pintu pemandu toyota estima..hi hi..pening MR dibuatnya..sampai di CH, malam masih termimpi-mimpi aksi ngeri..mujur panjang umur..

apapun, percutian lepas amat meninggalkan kesan manis dalam diri MR..anak-anak, tak taulah..heppi jew kot! huhu..tak heran pun pakai baju tebal, katanya boleh tahan lagi..hihi..

untuk cik hasben, terima kasih segalanya..ulangtahun ke-4 ni, untuk pertama kalinya saya tak sempat nak beli atau surprise apa-apa untuk kekasih terakhir saya nih..wooo

tak apalah, hadiah tak semestinya diberi pada hari ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan..kalau ada barang yang berkenan, sambau ajer depan mata..nah, untuk u lah! zassss


Isnin, 21 Januari 2013

Lelaki, Suami dan Kasih Sayang


salam kasih sayang buat kita semua yang berada di muka bumi ini....syukur kerana hari ini kita masih berkeupayaan untuk menarik nafas lagi pada hari ini..

woo..post entri agak baur romance gitew..almaklumlah, nak melangkah baru jew ke-4 tahun kan..hohoooo

sebenarnya, dalam fikiran ni masih lagi dalam awan-gemawan apakah something yang ingin kuberikan kepada encik suami sempena hari ulangtahun kami nanti..uhurk..si bapak budak-budak genit kat rumah ni dah book minggu lepas hotel kat CH..makanya, MR taklah surprise lagi..apapun, terima kasih belanja saya dan budak-budak ni gi holiday nanti yer busyuk....

Oh lelaki
apa lagi yang mampu kuberikan
bisaku persembahkan
di hadapanmu tuan!

Oh lelaki
perhatian dan kasih sayang 
yang kau cari dan damba
hati ini menjerit
mohon bisa dimengerti
kadangkala aku penat
keletihan!

Oh lelaki
kau suami
kau jua yang punyai sekeping hati
kau jua cuba memahami 
ego dan keras hati isterimu ini
ampuni aku, wahai suamiku!

Nota Diari :

-Dalam Diam Tetap Mahu Itu..

Khamis, 17 Januari 2013

Diserbu jabatan agama?


emm..malam tadi angin ribut tsunamo melanda lagi di dalam rumah kami anak beranak..bertahan kesabaran dibuatnya bila bebudak nih yang makin meningkat umur saling bergaduh antara satu sama lain..balik dari kerja, belum lagi mak dia pecat tudung kelazimannya serentak budak-budak ketot nih pun akan pecat seluau sendiri (off coz baju pula minta bapak dia bukakan!)

ntah sapa yang mengajar tidak pula diketahui..kan dah lawa-lawa, wangi-wangi dari rumah pengasuh? tapi sampai rumah nak mandi air terjun lagi (bahasa anak-anakku)..mungkin sebab kanak-kanak nih tengok terutamanya bapak dia orang dah berkensal (tuala mandi) agaknya..hu hu

yang bestnya tuh, tapi disedari si bapaknya dah snap satu gambau, untuk kenangan istimewa kata si suami tercinta..

malam sebelum tidur, buat semakan mengejut (kununnnn)

aikkk, ini pic macam orang yang kena serbu dari jabatan agama da!!!!

geram mama...dak Cerap menunduk nampak sangat kebersalahannya........menudu kesedihan, macam baru kena kitai dari bapaknya le tu kot...dak akak, fuh....boleh tahan berkemban korang yer...tapi mama di mana ketika ini ya?????

Nota Diari : Anak Permata Agama dan Negara


Rabu, 16 Januari 2013

Perkasakan Diri Sendiri!



salam kalian
setiap saat jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja
yang baik dikongsi bersama
puisi kalam indah disemadi dalam jiwa nurani
insyaAllah, 
tenang dan damai mendampingi kita!

Ketuk-Ketuk Keyboard


rindu semakin mencengkam perasaan bilamana masa begitu cemburu untuk saya menghapdet belogku ini! insyaAllah, kelapangan yang ada ini walaupun sebentar cuma tetap mama rocky akan bereceran di sini..hi hi..

walaupun 16 hari berada dalam tahun 2013, perjalanan hidup diteruskan seperti biasa..ehemmm, ada masalah atau tiada masalah itulah yang dinamakan kehidupan..

ada keluarga dan ada anak-anak membuatkan saya terlupa sebentar hal-hal yang boleh menyentap jiwa halusku ini..ha ha..layan 'kegatalan' suami dan perangai anak-anak lagi bagus..bak kata pencinta bahasa, hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara yang tidak bermanfaat kepada seluruh hidup kita! wooo...

dan lagi seminggu juga inilah, masa terasa 'pack' sangat-sangat kerana memikirkan lojing kami di Penang nanti..sayangnya Rumah Tamu tidak dapat menerima kehadiran kami anak beranak lantaran ada serombongan lain dari jauh..plan B memang ada, ke tanah tinggi Cameron tapi...emm hatiku masih tertinggal di pulau pala! 

yang pastinya, sebelum berakhir seminggu ini ada beberapa tugasku yang belum tertunai..gambar pasport untuk sayembara, servis kereta dan beli 10 bungkus Dumex untuk dak akak dan dak Cerap..semoga tugasan rasmi dari seorang ibu yang kena bekerja dari rumah dan pejabat ini mendapat perlindungan dan sebesar Rahmat daripada Allah SWT..amin!!!!!

Nota Diari : Tiada Tolehan ke Belakang Lagi, Jika Tercicir, ambil dan Terus Berlari!!


Khamis, 10 Januari 2013

Nyanyi Sekeping Hati


nyanyi sekeping hati
apa dicurah itu yang dirasai
takut dilukai
hidup terus dijalani
itu janji diri

nyanyi sekeping hati
tunduk pasrah jangan ditangisi
yang berlalu biarkan pergi
hilang tumbuh patah berganti

nyanyi sekeping hati
mengenangnya amat menyakiti
kini kenangan berkubur sepi

Rabu, 9 Januari 2013

kau baca, kau fikir sendiri

saya ni bukanlah pembodek body orang sebenarnya..
nak buat macam mana, saya selalu menjadi mangsa terhadap orang yang suka merasakan dirinya bagus sentiasa..inilah dia, baik buruk bekerja sebagai penjawat awam! diri busuk macam bangkai memang tak dirasai sendiri langsung! lagipun tak kan diri sendiri nak mengaku busuk kan?

kalau hidup dah selalu mengutuk ketua di jabatan sendiri, hujung-hujung ikut juga rentaknya kan? Baiknya janganlah mengata selalu kalau tak berpuas hati sebab macam perumpamaan, mengata paku serpih, mengata orang kau yang lebih..saya memang benci, sangat-sangat membenci orang yang tak tahu menggunakan medium komunikasi ni secara betul dan jitu..kebodohon kau akan nampak dan terselah sebab yang nyata, makan semeja dan bergelak macam dunia tak akan kiamat boleh pula kau berdepan sakan! Pirah la kau mabuk! Sah macam hidup topeng dan plastik betul....kan bagus kalau bercakap terus pada tuan punya badan? nampak sangat si polan dengan si polan lagi satu tuh ada konflik halus kan? dasar plastik yang tak boleh hancur! 

lagi satu, korang-korang dan kita-kita ni sehhh, meh sesama ingat yer..saya paling benci dan meluat orang yang tak respect rakan sejabatan. yelah, saya cakap ni sebab dah terkenalah! sebenarnya dah lama simpan dalam hati tapi nampaknya makin lama makin melampau orang pijak kepala saya ni sehhhhh

sepanjang tempoh berkhidmat, teramat jarang saya berkira dengan kawan-kawan yang lain..dah nama tanggungjawab kan? hari ni saya cuti, kawan cover..macam tulah sebaliknya..saya sedih juga, bukanlah saya ni minta balasan daripada orang. cubalah bertimbang rasa kepada rakan yang ingin 'privasi' ketika sampai masanya pula! apakah selama ini tiada kebaikan ke kita lakukan kepadanya, wallahualam. 

yang penting, kalau boleh saya memang nak elak orang yang senyum berplastik sekaligus sanggup menikam belakang saya ni..apa tujuannya? inikah misi persoalan saya yang harus saya tempuhi awal 2013 ni?

Nota Diari : Marah aku luah, tapi bukan pendendam selamanya





Isnin, 7 Januari 2013

Kelas Intensif Belajar Khat 2013


salam kasih sayang semua!

woo..bukanlah nak tunjuk hebat yer..yang pastinya mama rocky tergerak hati nak buka kelas ni bagi memanjangkan lagi ilmu di dada sekaligus memelihara dan memertabatkan tulisan khat di persada alam Melayu!! zapppp..bunyi macam serius, tapi ini usaha kecil-kecilan..meh baca syarat-syarat penyertaan :

* terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah darjah 4 hingga 6
* kelas bermula pada bulan Februari  Mac 2013 (maaf..ditunda yer!)
* sesi pembelajaran selama 2 bulan sahaja (hujung minggu)
* yuran kelas khat serendah RM30/sebulan
* penyertaan terhad
(proper  kepada anda yang tinggal kawasan Cheras, KL)

alhamdulillah sekiranya kelas ini mendapat sokongan dan respon positif daripada kalian, terlepas sudah salah satu fardu kifayah kita..sekurang-kurangnya generasi muda sekarang dapat mengekalkan tulisan jawi dan menghayati keindahan seni tulisan khat itu nanti!

opppss..sebelum MR terlupa, apa-apa persoalan boleh terus ke emel MR iaitu:
akuzaila@gmail.com
insyaAllah, gajet ini beroperasi 24 hours yer...

jumpa nanti!

Khamis, 3 Januari 2013

Travelog Mengelilingi Dunia


diri ini sangat teruja nak memiliki buku ala-ala travelog ini..sejak terbabas pandangan kat laman sesawang itmn, terus MR pasang angan-angan untuk terus mengejarinya suatu masa yang indah nanti..hi hi..

secara ringkasnya, ini sinopsis yang MR boleh kongsikan di sini :



Pengalaman Peribadi Tan Sri (Dr.) Hajah Aishah Ghani, 1955 – 1958
Travelog ini merakamkan catatan peribadi Aishah Ghani semasa mengejar cinta pertamanya, iaitu melanjutkan pelajaran di London pada tahun 1955. Dari atas kapal Canton sehingga tiba di pelabuhan Tilbury, London, beliau menulis dengan ringkas, tetapi padat tentang setiap tempat dan peristiwa yang dilalui semasa belayar dan sepanjang beliau tinggal di sana sehingga tahun 1958. Dalam setiap tulisannya, ada suara berani dan bernas yang penuh semangat nasionalisme meskipun jauh di Negara lain. Bukan itu sahaja, travelog ini mewakili pandangan seorang perempuan Melayu tahun 50-an yang tajam dan kritis.  

kepada sesiapa yang agak janggal dengan nama srikandi Malaysia ini, serba sedikit yang MR tahu ialah beliau merupakan bekas Menteri Kebajikan Masyarakat (awal 70-an) dan yang melancarkan pertubuhan Yayasan Kebajikan Negara pun beliaulah..emm sekadar berkongsi maklumat..asyik-asyik celoteh tentang kehidupan semasa, ada baik kita sentuh pasal dunia buku juga yer!

Jadinya tak rugi kalau kita kejar buku ini yang harganya cuma RM25, dengan ketebalan 182 muka surat!

Nota Diari : Pena Terus Menari

Rabu, 2 Januari 2013

On Behalf- Jualan Berani Rugi


Salam 1 Malaysia dan Salam Perpaduan
Hari ni MR nak post kat blog tentang aktiviti terkini MR..
harap-harap dapat meringankan beban dan masalah tuan empunya meja makan ni yer..untuk makluman 2 buah meja ni nak dijual sangat oleh tuannya sebab nak design baru atau nak touch up deko katanya..wooo

so, kiranya ni macam tumpang iklanlah kat belog MR ni yer..tiada caj dikenakan..huahua
sesiapa yang berminat dan serius ingin jadi pembeli, 
boleh hubungi tanpa ragu : 

akuzaila@gmail.com  ATAU 012-9067376


Harga runtuh : RM400


Harga runtuh : RM500


Tambahan: 
Pengangkutan tertakluk kepada pembeli-maknanya atas tanggungjawab pembeli

-sekian-

Selasa, 1 Januari 2013

Welcome 2013


setinggi syukur ke hadrat Allah kuucapkan kerana melepasi era cabaran dan dugaan sepanjang 2012..apapun, banyak kenangan terindah..pahit dan manis saling mewarnai kanvas kehidupanku..
yang paling tidak kuduga, rupa-rupanya MR berjaya menambahkan entri dalam blog nih dari tahun ke tahun..emmm satu aktiviti dan tabiat atau hobiku yang akan dipastikan tidak akan termiss dalam seharu, yes..menulis! walaupun teknologi penulisan dah berubah tapi diri mama tetap menjadikan diari sebagai peneman dan "pengingat" diri..

cakap pasal diari, dan kena-kena lak dah masuk tahun baru lagilah membuatkan mama teringat zaman dulu-dulu..suka sangat menulis dalam diari! start mula menulis dari form one beb..ho ho..zaman sekarang, ada lagi ke adik atau cik kak di luar sana tulis diari?

apapun, gian menulis dalam diari kian menular hingga ke zaman kampus dan beranak pinak nih..bila dah time singkat sebab banyak hal lain nak urus, catit hal yang penting jer! ada gunanya diari, walaupun dah ada gajet canggih manggih kawwww

wa...terlebih sudah bebelan mama rocky! mentang bebudak dah tido, maknya tetap tak lupa hapdet belognya! hew hew hew..

so..untuk 2013, kan ku pastikan segala perjalanan kehidupan kami sekeluarga berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaanNya..

** WELCOME 2013**