Rabu, 9 Januari 2013

kau baca, kau fikir sendiri

saya ni bukanlah pembodek body orang sebenarnya..
nak buat macam mana, saya selalu menjadi mangsa terhadap orang yang suka merasakan dirinya bagus sentiasa..inilah dia, baik buruk bekerja sebagai penjawat awam! diri busuk macam bangkai memang tak dirasai sendiri langsung! lagipun tak kan diri sendiri nak mengaku busuk kan?

kalau hidup dah selalu mengutuk ketua di jabatan sendiri, hujung-hujung ikut juga rentaknya kan? Baiknya janganlah mengata selalu kalau tak berpuas hati sebab macam perumpamaan, mengata paku serpih, mengata orang kau yang lebih..saya memang benci, sangat-sangat membenci orang yang tak tahu menggunakan medium komunikasi ni secara betul dan jitu..kebodohon kau akan nampak dan terselah sebab yang nyata, makan semeja dan bergelak macam dunia tak akan kiamat boleh pula kau berdepan sakan! Pirah la kau mabuk! Sah macam hidup topeng dan plastik betul....kan bagus kalau bercakap terus pada tuan punya badan? nampak sangat si polan dengan si polan lagi satu tuh ada konflik halus kan? dasar plastik yang tak boleh hancur! 

lagi satu, korang-korang dan kita-kita ni sehhh, meh sesama ingat yer..saya paling benci dan meluat orang yang tak respect rakan sejabatan. yelah, saya cakap ni sebab dah terkenalah! sebenarnya dah lama simpan dalam hati tapi nampaknya makin lama makin melampau orang pijak kepala saya ni sehhhhh

sepanjang tempoh berkhidmat, teramat jarang saya berkira dengan kawan-kawan yang lain..dah nama tanggungjawab kan? hari ni saya cuti, kawan cover..macam tulah sebaliknya..saya sedih juga, bukanlah saya ni minta balasan daripada orang. cubalah bertimbang rasa kepada rakan yang ingin 'privasi' ketika sampai masanya pula! apakah selama ini tiada kebaikan ke kita lakukan kepadanya, wallahualam. 

yang penting, kalau boleh saya memang nak elak orang yang senyum berplastik sekaligus sanggup menikam belakang saya ni..apa tujuannya? inikah misi persoalan saya yang harus saya tempuhi awal 2013 ni?

Nota Diari : Marah aku luah, tapi bukan pendendam selamanya





Tiada ulasan: