Isnin, 7 Januari 2013

Kelas Intensif Belajar Khat 2013


salam kasih sayang semua!

woo..bukanlah nak tunjuk hebat yer..yang pastinya mama rocky tergerak hati nak buka kelas ni bagi memanjangkan lagi ilmu di dada sekaligus memelihara dan memertabatkan tulisan khat di persada alam Melayu!! zapppp..bunyi macam serius, tapi ini usaha kecil-kecilan..meh baca syarat-syarat penyertaan :

* terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah darjah 4 hingga 6
* kelas bermula pada bulan Februari  Mac 2013 (maaf..ditunda yer!)
* sesi pembelajaran selama 2 bulan sahaja (hujung minggu)
* yuran kelas khat serendah RM30/sebulan
* penyertaan terhad
(proper  kepada anda yang tinggal kawasan Cheras, KL)

alhamdulillah sekiranya kelas ini mendapat sokongan dan respon positif daripada kalian, terlepas sudah salah satu fardu kifayah kita..sekurang-kurangnya generasi muda sekarang dapat mengekalkan tulisan jawi dan menghayati keindahan seni tulisan khat itu nanti!

opppss..sebelum MR terlupa, apa-apa persoalan boleh terus ke emel MR iaitu:
akuzaila@gmail.com
insyaAllah, gajet ini beroperasi 24 hours yer...

jumpa nanti!

Tiada ulasan: