Rabu, 30 Januari 2013

Semalam Di Cameron Highlands





3 hari 2 malam bercuti di Cameron, mungkin satu pengalaman yang biasa-biasa bagi sesetengah orang atau keluarga kot..inilah yang kemampuan MR dan cik hasben boleh pikul buat masa ini untuk menggembirakan hati kami sendiri, anak beranak tempoh hari!

dengan kudrat viva comel cik hasben (setelah tak terduga, kereta angsa putihku mengalami kemalangan, sedih..sobsobsob), maka dengan gigihnya cik hasben berjaya mensasarkan perjalanan terus ke Simpang Pulai untuk terus menuju ke Tanah Rata..ada hikmah kereta MR tercium pintu pemandu toyota estima..hi hi..pening MR dibuatnya..sampai di CH, malam masih termimpi-mimpi aksi ngeri..mujur panjang umur..

apapun, percutian lepas amat meninggalkan kesan manis dalam diri MR..anak-anak, tak taulah..heppi jew kot! huhu..tak heran pun pakai baju tebal, katanya boleh tahan lagi..hihi..

untuk cik hasben, terima kasih segalanya..ulangtahun ke-4 ni, untuk pertama kalinya saya tak sempat nak beli atau surprise apa-apa untuk kekasih terakhir saya nih..wooo

tak apalah, hadiah tak semestinya diberi pada hari ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan..kalau ada barang yang berkenan, sambau ajer depan mata..nah, untuk u lah! zassss


Tiada ulasan: