Rabu, 30 Januari 2013

Tips Elak Anak Hilang


cakap memang mudah, tapi untuk amalkannya pasti ada sesetengah ibu bapa akan terfikir sekali dua juga..apapun, pencegahan  kena ada sebelum berlaku insiden yang tidak diingini terjadi kat anak-anak kita.

seperti yang tersebar baru-baru ini berita tentang kehilangan 'misteri' adik William yang akhirnya terjawab apabila mayatnya dijumpai di perairan di kawasan Pelabuhan Klang..sebenarnya, ada beberapa lagi kanak-kanak di Malaysia yang telah hilang, tak tahulah sama ada diculik, disembunyi atau diseludup ke negara luar..sedihnya..empati betul!

tak boleh nak salahkan atau menuding ibu bapa sepenuhnya..bebudak atau kanak-kanak peringkat macam ini, buasnya tak terkata..masa ni lah dia nak perhatianlah, tunjukkan bakatlah dan segalanyalah..mahu naik hantu ibu bapa dibuatnya..kalau ibu bapa sendiri tak boleh bertahan dengan sikap mikap anak-anak ni, siapa lagi? Kot pengasuh tuh macam singa betina, untuk kebaikan MR tak mengapa lagi..

akta kanak-kanak dan nur alert antara elemen pencegahan yang boleh digunapakai selagi ianya merelevankan keadaan khususnya jika berlaku kehilangan kanak-kanak..sejauh mana efektifnya, tepuk dada tanya tingkahlaku diri kita..

ok, mari kita kongsi sesama beberapa tip untuk mengelakkan anak-anak kita daripada hilang..
kalau boleh jangan hilanglah, nauzubillah..

* tulis nombor telefon ibu bapa di belakang baju (kolar leher) anak atau letak kad kecil dalam poket seluar/baju anak-anak

* latih anak supaya fasih dan ingat nama ibu dan bapanya (latih sejak usia 6 bulan, dah terbukti benar!)

* ajar anak menjerit kuat-kuat jika disentuh oleh orang yang tidak dikenalinya

* jika suasana sesak (etc pasaraya dll), pastikan anak tetap dengan kita-alihkan tumpuan anak-anak dengan memberikannya buku/permainan yang digemari

* pada yang kaki shopping, mak-mak ni janganlah pergi waktu puncak..bila waktu-waktu yang suam-suam kuku tu bolehlah pergi..

* bagi ibu yang bekerja, pastikan ada staf sokongan yang boleh 'guard' anak-anak..siapa lagi, suamilah yang kena tolong..upahnya, belanja makanlah lepas tu..untuk elak tenaga habis sebab kejau anak, elok makan dulu..



-sekian-

Nota Diari : Elak Jangan Tak Elak

Tiada ulasan: