Khamis, 31 Januari 2013

Tips Rembat Jiwa Anak


cakap pasal permata, orang semua tahu nilainya sangat berharga dan bermakna..kalau barangnya, tentunya harta dunia tu kita sayanginya sebaik mungkin. tapi kalau 'harta' kita, tak lain tak bukan adalah anak-anak..

negara kita masih lagi  bersyukur kerana pada dasarnya masih lagi menjaga kebajikan kanak-kanak..hope janganlah mempertikaikan sepenuhnya. hal ini kita percaya, ada bunyi-bunyi pro dan kontra..walaupun ada 'permata negara' di tanah air kita, namun serios....hal ehwal kanak-kanak baik dari sekampung-kampung ke sebandar-bandar masih lagi memerlukan pantauan dari 'orang dewasa', sebaik mungkin!

sebenarnya, dari semasa ke semasa kita masih lagi perlu belajar untuk merembat atau menawan hati anak-anak kecil ni..bukan mudah namun bukan pula payah

anak seorang, payahnya lain..anak dua, tiga dan seterusnya pun corak kepayahannya lain

keuntungan bagi mereka yang telah dikurniakan Ilahi mendapat cahaya permata walaupun seorang, perlu disyukuri setinggi langit! manusia merancang, tetapi perencanaan daripadaNya tetap maha terhebat dari perancangan manusia sendiri

ini pandangan peribadi semata, perkongsian dari hati..ibu ini masih dalam proses pembelajaran dengan mendengar dan melihat pertumbuhan pendidikan langsung dan tidak langsung

* dalam beg tangan seorang ibu, wajar menyimpan gula-gula atau jajan untuk mengalih masalah tantrum anak-anak
-situasi ini boleh juga dipraktikkan di rumah atau di dalam kereta-jajan memang tidak bagus tetapi ini antara panduan singkat beb!

* puji-pujian, jangan hanya pada seorang
-ibu/bapa hendak puji yang pertama, kedua dan seterusnya

* marah tetap marah tapi sudahi dengan dakapan yang penuh kasih dan sayang

* pujuk anak dengan 'berjanji' akan memberikan hadiah minuman/makanan yang menjadi kegemarannya..pasti, dah tentu bebudak ni suka!

* bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, peruntukkan masa 20-30 minit sebelum anak-anak tidur untuk bercerita apa yang berlaku sepanjang hari..selitkan dengan gurauan bersama mereka!

-insyaAllah, jika ada tips lagi kita sharing lagi okeh-

Tiada ulasan: