Khamis, 3 Januari 2013

Travelog Mengelilingi Dunia


diri ini sangat teruja nak memiliki buku ala-ala travelog ini..sejak terbabas pandangan kat laman sesawang itmn, terus MR pasang angan-angan untuk terus mengejarinya suatu masa yang indah nanti..hi hi..

secara ringkasnya, ini sinopsis yang MR boleh kongsikan di sini :



Pengalaman Peribadi Tan Sri (Dr.) Hajah Aishah Ghani, 1955 – 1958
Travelog ini merakamkan catatan peribadi Aishah Ghani semasa mengejar cinta pertamanya, iaitu melanjutkan pelajaran di London pada tahun 1955. Dari atas kapal Canton sehingga tiba di pelabuhan Tilbury, London, beliau menulis dengan ringkas, tetapi padat tentang setiap tempat dan peristiwa yang dilalui semasa belayar dan sepanjang beliau tinggal di sana sehingga tahun 1958. Dalam setiap tulisannya, ada suara berani dan bernas yang penuh semangat nasionalisme meskipun jauh di Negara lain. Bukan itu sahaja, travelog ini mewakili pandangan seorang perempuan Melayu tahun 50-an yang tajam dan kritis.  

kepada sesiapa yang agak janggal dengan nama srikandi Malaysia ini, serba sedikit yang MR tahu ialah beliau merupakan bekas Menteri Kebajikan Masyarakat (awal 70-an) dan yang melancarkan pertubuhan Yayasan Kebajikan Negara pun beliaulah..emm sekadar berkongsi maklumat..asyik-asyik celoteh tentang kehidupan semasa, ada baik kita sentuh pasal dunia buku juga yer!

Jadinya tak rugi kalau kita kejar buku ini yang harganya cuma RM25, dengan ketebalan 182 muka surat!

Nota Diari : Pena Terus Menari

Tiada ulasan: