Rabu, 27 Februari 2013

Hobi baru..



see..beginilah keadaan ruang porch rumah kami..maaf dan ampun, bukan nak menonjolkan squarefeet rumah kami..alohai, rumah ciput  nak..tak sehebat bagai..yang pastinya dalam hari-harian mama sekarang macam-macam lamunan dah terbayang, serasa dalam alam percintaan..daku ada hobi baru maaaa


wah..kelihatan seliparku sibuk interframe..uiskk cacat la pulak pic mama..kohkohkoh
sikit berdikit saya nak menyemai hobi baru sekarang
mencari tanaman tumbuhan renek dan bunga-bunga yang bersesuaian agar dapat menaikkan seri lelaman teratak cheras awana kami..nyehnyehnyeh....
emm batu sungai congkak tu daku kutip semasa berkelah di sungai congkak baru-baru ni..(maaf daku berkenan sangat...)..rasa-rasa alam belantara tak marah kot..wooo
buat hiasan tumbuhan hijau..

okeh...i like progressssssssss

Selasa, 26 Februari 2013

Semalam di Kuala Lumpur



al-kisahnya pada 23 haribulan yang lepas, dengan terukir sejarahnya daku telah membawa seluruh ahli keluargaku pergi ke perpustakaan kanak-kanak kuala lumpur..mau tak terkejutnya dibuatnya sebab yelah kan dah hampir 8 tahun di kL tak tahu menahu kewujudan perpustakaan kanak-kanak di sini. sedikit teruk jugaklah saya ni..wooo

berlokasi betul-betul di hadapan dataran merdeka..saya pun dah daftar ahli perpustakaan kuala lumpur selain ahli perpustakaan negeriku sendiri..yooo rindu mak zaman sunti dulu..my life ketika era form six dulu banyak dibazirkan masa untuk telaah buku di library sahaja..terpaksa jadi minah buku, untuk tambah ilmu dan maklumat..dolu-dolu, sayalah..orang lain saya tak tahu..kalau nak cari maklumat satu buku tak cukup..nasib library tak boleh tidur kalau tak berkampunglah mak kat situ nak...hiiiii

so sekarang, mak nak didik bebudak ni agar mencintai dunia buku sedari kecil lagi..kat rumah, baca tu baca juga tapi kat library suasana keperpustakaannya lain..bau buku jer kauuuuu..mau sawan babi dibuatnya..kohkohkoh....

dapat lak dak cerap..bukan duduk kat bangku, bangku dok kat badan dia..yang bestnya tu, silent tak nampak pun ditampal di dinding..hanya muncung-muncung makcik jer yang dok kat kaunter library yang terlebih bunyi..kena paham sendirilah ye mak? ater mak dia yang excited nak bawa anaknya masuk perpustakaan..opppss, library ni atas umur 4 tahun kena daftar, bawah 4 tahun tak yah..

hati mak gembira sangat sebabnya cahaya kegembiraan jelas terpancar di wajar ainur dan asyraf..sebabnya banyak gambar berwarna yang ada di library!!

nota diari: membaca jambatan ilmu

Jumaat, 22 Februari 2013

Segalanya Dari Hati


terima kasih ALLAH 
memberikanku sesaat peluang
untuk berada di sini

terima kasih ALLAH
atas limpah dan rahmat
tangan menadah
tanda menikmati kebesaranMu

terima kasih ALLAH
syukur alhamdulillah

Selasa, 19 Februari 2013

Sepahit Kopi..


saya bukan doktor apatah lagi pakar perubatan yang boleh merawat kesakitan pesakit..saya hanya pegawai biasa namun masih lagi bekerja untuk mendengar dan cuba empati ke atas permasalahan pesakit-pesakit yang datang ke sini..

mendengar itu penting kerana suara-suara yang melontarkan keresahan dan kepayahan itulah yang akan saya adunkan dalam setiap permohonan bantuan kewangan saya kelak..

hari ini, masih lagi terasa..semalam yang masih segar dan cukup kemas perjalanan ceritanya walaupun kalau boleh diminum terasa bak sepahit kopi tanpa gula!

ibu tunggal, mempunyai anak sulung yang berumur 21 tahun tapi mempunyai karekter seperti 12 tahun. pakar mendiagnos pesakit mengalami masalah kyphoscoliosis. ibu mula menyedari pesakit berkeadaan sedemikian sejak pesakit berumur 14 tahun! 

tanpa kita sedar atau tidak, setiap kepahitan yang ditelan dalam kamus hidup ibu tunggal ini ada terselit bunga-bunga hikmah. sepalit kekecewaan tidak terpamer langsung di wajah ibu pesakit. dua episod kegagalan dalam mendirikan rumahtangga tidak mematahkan semangat dan perjuangan seorang ibu untuk meneruskan kehidupan bersama-sama anak-anaknya.

nyata dan terang. isu gender tidak membatasi dan menghalangi tugas saya untuk memberi kesimpulan di hujung perbualan. namun, ibu muda itu masih cuba menggalasi hidupnya agar tega menjadi tunjang kebahagiaan buat anak-anaknya. 

kegagalan perkahwinan pertama ditamatkan ketika pesakit berusia 3 tahun. ketika itu pesakit baru sahaja menjalani pembedahan jantung berlubang di institut jantung negara. sebak si ibu bilamana bapa pesakit rupa-rupanya tidak bertahan lagi memendam perasaan akibat tidak diberi layanan istimewa sejak pesakit disahkan menghidap jantung berlubang ketika usia 1 minggu!

si ibu enggan berpisah kerana memikirkan anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian ibu dan bapa. namun bapa tidak dapat menerima sumpahan tuhan (kepercayaan individu non muslim). jiwa ibu merintih dan memohon bapa mengerti keadaan dan situasi yang dialami mereka sekeluarga. wang dan kebahagiaan sama penting, untuk anak dan keluarga!

apalah erti rayuan. apalah erti pujukan. cinta yang disemai menjadi nista dan kian pudar. ibu pesakit akhirnya diberi pilihan sama ada meninggalkan pesakit di rumah datuk dan neneknya atau memilih suami. jiwa dan perasaan keibuan tersentap. 

orang cakap, zuriat itu adalah penyambung kasih dan sayang bagi pasangan. benar atau tidak bergantung kepada realiti filem kehidupan pasangan yang bergelar suami dan isteri. ibu pesakit bukan tidak menyayangi suaminya. keadaan pesakit yang tidak stabil dan memerlukan rawatan yang kerap di hospital memerlukan pengorbanan yang cukup besar daripada ibu dan bapa. 

ibu pesakit tidak menyesal dengan perpisahan dengan bekas suaminya. dia lebih rela hidup sengsara jika ditakdirkan masih berumahtangga dengan suaminya terdahulu. perkahwinan yang sebenarnya retak menanti belah akhirnya terlerai dan bapa pesakit hanya mampu memberikan rumah untuk mereka berdua tinggal dan berlindung hujan dan panas.

malangnya, hubungan mereka terputus sejak pesakit memasuki darjah satu. ibu pesakit tidak menyimpan dendam kerana sudah dimaklumkan awal sejak mula berpisah bahawa wang bulanan tidak dapat diberikan untuk pesakit. sejak itu, ibu pesakit mula mencari pekerjaan dan akhirnya diterima sebagai tukang jahit dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

ibu pesakit masih lagi menyimpan 'rahsia' dalam melayari bahtera sebagai ibu tunggal. rupa-rupanya, selepas 3 bulan bercerai dengan suaminya, ibu mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara dan di sana ibu bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya. ibu cuba untuk melupakan bayang-bayang hitam namun akhirnya suasana kelam itu telah diintai sang pelangi senja!

tahun demi tahun membina mahligai kali kedua, tuhan memberikan hadiah sepasang kembar untuk mereka. pesakit bertuah kerana masih mempunyai 2 orang adik sepasang lelaki dan perempuan walaupun mereka masih terpisah beribu-ribu batu. pada awalnya bapa tiri pesakit sedia maklum berkenaan 'kecacatan' fizikalnya namun indah khabar dari rupa.

masa tidak pernah menunggu seseorang. muda hanya di awal usia sahaja. datuk dan nenek pesakit tiada berkeupayaan lagi untuk menjaga pesakit lantas menghubungi ibu pesakit untuk kembali menetap di Malaysia sekaligus menjaga dan memelihara pesakit semula.

bagaikan halilintar membelah bumi. pergolakan rumahtangga seakan-akan menjadi badi kepada ibu pesakit. belum sempat seminggu kembali di Malaysia, bapa tiri pesakit tidak dapat menerima kehadiran pesakit di rumah mereka. pesakit diasingkan perhubungan khususnya daripada adik-adiknya yang masih kecil. hati ibu tersentuh bila anak yang dikandungnya 9 bulan diperlakukan sedemikian rupa. anak kandungnya dilayan bagai anjing kurap di dalam rumah sendiri! 

ibu pesakit memendam jiwa dan perasaan hampir setahun. segala tingkah laku tidak berperikemanusiaan daripada suaminya menguji tahap kesabaran sebagai ibu dan wanita. ibu pesakit rela dan sanggup bermatian mempertahankan kebajikan seluruh hidup anak sulungnya. alasan suaminya sama seperti bekas suaminya yang terdahulu. suami atau anak (pesakit).

ibu pesakit tidak mudah untuk menjalani hidup bersendirian selepas kekecewaan rumahtangga yang lalu. namun andai perpisahan yang terbaik buat diri dan anak-anaknya, ibu pesakit melepaskannya dengan hati yang teramat rela. namun ibu pesakit sudah menjelaskan segala-galanya kepada suaminya bahawa tuhan masih memberikan anak yang normal (melalui perkahwinan kali kedua) kepada mereka namun mengapa harus lagi menyalahkan anak cacat yang tidak berdosa?

...kita, berdiri atas nama insan, makhluk yang bernafas atas muka bumiNya..berfikir dan merenungi sejenak setiap ujian yang diturunkan kepada kita semua. ALLAH menguji kita mengikut tahap kemampuan hambanya..walaupun kita berlainan agama dan pegangan, hanya jalan penyelesaian sahaja yang memberikan jawapan samada sama atau berlainan!






Isnin, 18 Februari 2013

Projek Deko 2013


bestnya kalau hiasan comel ni ada melekat kat ruang legar porch kami..aduhai, inilah harga penantian yang harus ditemui..nak berjimat, kenalah perlahan dan berdikit dalam menghiasi lelaman rumah...

tak semua kerja-kerja tochup atau projek tatarias rumah ni cik hasben serahkan kepada kontraktor gergasi atau sebaliknya..cik hasben dan daku sendiri lebih dan teramat suka melakukan sendiri, katanya lebih menjimatkan kos dan mencapai kepuasan diri!

walaupun kami dah menduduki rumah kat cheras beberapa bulan, tapi hanya hujung minggu dan cuti am sahajalah kami sempat mengemas dan mendekorasi rumah mengikut tahap keupayaan masing-masing..dari sekecil-kecil kerja hinggalah sebesar-besar kerja semuanya saya pernah alami..

cat rumah dari belakang rumah, dalam rumah, dari bilik stor hingga bilik air, bilik bacaan, bilik utama dan ruang tamu bawalah pula hingga ke depan semuanya dilakukan kami ni suami isteri..sampaikan jiran-jiran cakap boleh jimatlah kalau buat sendiri! Betullah tu, buat apa upah orang kalau tahu buat kan?

kalau terkenang, air mata tak leleh ar..tapi sebak jugaklah sebab penat tu berbayar bila ' projek rumah' menuju ke arah siap 100 peratus beres tak lama lagi..cumanya, cik hasben ni ada sahaja projek dekonya..rumah nak beralas kayu jati tak dapatlah, asalkan ada sentuhan kemelayuan-kejawaan katanya..wooo..i follow ajer..katanya nak corak tingkap kaca kat bumbung..lepas tu nak buat garden classic kat depan rumah..emm bagi semangat ajelah dulu kat cik hasben..nak beli gazebo mahal, kekurangan persegi pula nak letak..tunggu dan lihat ajelah yer...

Nota Diari : Hati Senang Dan Tenang Melihat Tumbuhan Hijau




Bikin Hidup Jadi Sasau..


Sabtu lepas, mama rocky, dua orang anak, mak dan adik lepak sekejap kat tempat permainan kanak-kanak di tesco..sebenarnya dah lama mama rocky nak bayar hutang kat dua orang kanak-kanak riang tuh tapi disebabkan rembatan masa yang tak menentu, makanya pada hari itu tertunailah hajat untuk menggumbirakan hati mereka..seronok makin bertambahlah sebabnya pak usu dan nenek merekalah yang bantai melayan..wooo

jadiknya mr ambik kesempatan di atas peluang dan ruang yang sedia ada dengan melangkah panjang ke kedai majalah tingkat atas..emm benar bagai dikata..kalau hidup dah terbiasa beli bahan bacaan, termiss dalam satu hari pun jiwa boleh jadi kacau..

nak-nak bila bijik mata nih terpandang majalah ni hah...bikin kacau ar..keluaran terbaru, rembat ar cepat...walaupun dapurku tak sehebat rumah orang lain yang lebih cantik dan high class tapi mr yakin dengan sentuhan diri sendiri dan cik hasbenku sendiri..tak salah membelek majalah-majalah sebegini, setidak-tidak melalui pembacaan kita boleh menokok-nambah idea dan pandangan..hi hi

tengok tu, kan bagus isu keluaran terbaru..dapur bajet bawah RM6K..pilih jer kempeni mana yang kita suka..mr tak leh ar nak ubahsuai lagi sebab dah memang dapat dan siap pun kabinet bawah RM6K..wooo

yang penting, baca untuk tambahan idea sahaja..mr suka deko-deko nih..suka sesangat!

Khamis, 14 Februari 2013

Manisnya Buah Ilmu!


5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Dari Sebuah Hati


-Bersangka baiklah wahai hati-

Rabu, 13 Februari 2013

Lakukan yang Terbaik!


dah penghujung sore
belum terlambat membangkitkan diri
cuba menyemai rimbunan kasih
dalam pepohonan rimba jiwa..

lakukan yang terbaik..........

Jumaat, 8 Februari 2013

Kata-Kata Semurung..


satu pemandangan di tepi tasik permaisuri
seawal pagi yang hening 
diteman sapaan lembut angin
semalam dan sehari ini
kaku dan lesu riak tasik
menanti pengunjung menikmati panorama alam

gelak tawa kicauan unggas
saling bersambut
menyahut
membalas desiran pantulan alam
lantas membenam kepahitan dan walang

benar dan sebenarnya
kepahitan itu terbang bersama merpati
tidak pula ditiup api yang sedang membara
cuba dan secuba yang boleh
untuk bangun dan terus berlari!

Khamis, 7 Februari 2013

Ingat Indah-Indah Sahaja!


dalam hidup, ada suka-duka, ada tinggi-rendah, ada manis dan pahit...dan ada juga jatuh dan bangun, ada kegagalan ada juga kejayaan!

muhasabah, merenung kembali tingkah dan laku serta keperibadian sendiri tidaklah merugikan diri sendiri..terus dan mesti bergerak ke hadapan walaupun ada cabaran yang mendatang dan menghalang keyakinan yang dibina..

tinggalkan yang pahit, yang pernah merencamkan kalender hidup seperti melepaskan seekor merpati putih ke langit..perlahan-lahan tanpa paksaan asalkan tidak berbekas di hati..lepaskan ianya pergi, sejauh tujuh petala langit dengan harapan tak akan kembali..dan jika diketahui ianya pernah juga meninggalkan sebekas kepahitan,makanya jangan ditiup bara api kerana kian akan memarakkan lagi ingatan kepada kepahitan itu..



Selasa, 5 Februari 2013

Kisah Meja dan Motivasi


ini satu lagi 'harta dunia' yang daku beli dari IKEA baru-baru ini..sambau kat bahagian ISIS..ahark, kat zone barang 'secondhand'..uishh, kopak gak duit walaupun secondhand. cumanya, kat bahagian belakang laci tuh tak ada board..emm oklah daripada harga asal RM289 dapatlah RM170..tarik nafas jap masa bayau..

sebenarnya 'meja studi' ni buat pembakar semangat untuk daku terus berblogging dan melayari resipi kegemaran serta pendidikan kanak-kanak untuk tontonan anakanda-anakanda dua orang tuh..

walaupun ada orang cakap, buat yang sia-sia tak dapat earning dari nuffnang..mak tak kisahlah nak oi..pada MR, dengan cara ini MR dapat menajamkan lagi penulisan selain yang utama, kepuasan diri. rezeki yang MR terima bulan-bulan selain bisnes kecil-kecilan dan duit sewaan rumah takat ni memadai, syukur alhamdulillah! bukan nak menyombong, earning nuff tuh bagilah pada mereka yang berkeperluan..hi hi hi..

pernah, ya..satu ketika dulu pernah tersinggah cita-cita untuk menjadi penulis tapi belum lagi kemampuan diri untuk ke arah itu. hanya mampu menulis genre syair dan puisi sahaja. wow...teringat peraduan sayembara anjuran ITBM-Berita Harian..harap-harap ada tuah menyebelahi MR..kah kah kah, dasyat harapanku!

cuma, pesan MR pada diri..jangan berpuas hati dengan satu-satu kerja dan usaha..sentiasa mempertingkatkan diri, walaupun kita masih di tahap atau zon selesa..yang penting, cari yang halal!

Isnin, 4 Februari 2013

Kelas Khat-Tunda Pada Mac 2013!


salam murni..
maaf kalian..

kelas ini masih lagi dibuka, namun disebabkan terkhilafan yang bukan disengajakan makanya saya dengan rendah diri sambil memohon kepadaNya, agar niat murni ini dapat dipanjangkan lagi ke bulan Mac kelak..semoga ada kalian dikalangan kita menyambut baik usaha murni saya..insyaAllah.