Isnin, 18 Februari 2013

Projek Deko 2013


bestnya kalau hiasan comel ni ada melekat kat ruang legar porch kami..aduhai, inilah harga penantian yang harus ditemui..nak berjimat, kenalah perlahan dan berdikit dalam menghiasi lelaman rumah...

tak semua kerja-kerja tochup atau projek tatarias rumah ni cik hasben serahkan kepada kontraktor gergasi atau sebaliknya..cik hasben dan daku sendiri lebih dan teramat suka melakukan sendiri, katanya lebih menjimatkan kos dan mencapai kepuasan diri!

walaupun kami dah menduduki rumah kat cheras beberapa bulan, tapi hanya hujung minggu dan cuti am sahajalah kami sempat mengemas dan mendekorasi rumah mengikut tahap keupayaan masing-masing..dari sekecil-kecil kerja hinggalah sebesar-besar kerja semuanya saya pernah alami..

cat rumah dari belakang rumah, dalam rumah, dari bilik stor hingga bilik air, bilik bacaan, bilik utama dan ruang tamu bawalah pula hingga ke depan semuanya dilakukan kami ni suami isteri..sampaikan jiran-jiran cakap boleh jimatlah kalau buat sendiri! Betullah tu, buat apa upah orang kalau tahu buat kan?

kalau terkenang, air mata tak leleh ar..tapi sebak jugaklah sebab penat tu berbayar bila ' projek rumah' menuju ke arah siap 100 peratus beres tak lama lagi..cumanya, cik hasben ni ada sahaja projek dekonya..rumah nak beralas kayu jati tak dapatlah, asalkan ada sentuhan kemelayuan-kejawaan katanya..wooo..i follow ajer..katanya nak corak tingkap kaca kat bumbung..lepas tu nak buat garden classic kat depan rumah..emm bagi semangat ajelah dulu kat cik hasben..nak beli gazebo mahal, kekurangan persegi pula nak letak..tunggu dan lihat ajelah yer...

Nota Diari : Hati Senang Dan Tenang Melihat Tumbuhan Hijau




6 ulasan:

BAHIYAH AMANI berkata...

Deco Zaila, jgn x deco! Jgn lupa tepek gambar nanti yea. Akak berkenan le dgn kitchen kabinet Zaila tuh, cantik banget. Rm6k tuh xtermasuk tabletop yea?

Mama Rocky! berkata...

Buleh, nanti sy tepek pic sikit masa lagi yer kak..fuh..thanx coz tiup semangat kat sy kak oi..kk sy biasa jer kak..yup,tt harga lain..bayo sesak nafas jugak masa tu.nt rumah baru akak lagi bergaya sakan..dah boleh intai2 kak bai pilihan kk utk rumah baru!

BAHIYAH AMANI berkata...

Entah le, akak pun xpasti nak buat kk ke idak coz tau je le bhgn dapur ni le yg paling byk pakai duit. Rasa nak buat plaster siling dulu coz murah skit. Dan nak buat tabletop dulu, nanti cukup duit baru fikir nak buat kk. Tu yg skrg masih lagi cari info dan timbang2! :-) akak rasa nak demam tgok harga kk nih!

Mama Rocky! berkata...

bwtul, bahagian dapur kalau tak betul-betul memang cecah ribuan ringgit terpaksa dikeluarkan..sebabnya nak puaskan hati! plaster siling kalau saya masa tuh survey dan dapat harga ok (not bad) kat area jln reko..depan shell bangi tmn country-ikut laluan bwh komuter..beli kat gudang terus..pilihan pun banyak..zaila rasa akak patut beli majalah yg sy publish..kalau nak pinjam pun boleh..no hal kak..wassap..

BAHIYAH AMANI berkata...

Betul...betul, mmg kena dah mula beli majalah nih. Nanti akak carik le kat kedai. Kat bawah komuter....oooooo...akak pernah lalu situ 2 tahun lps. Apa nama kedai nyer coz dulu tadak apa2 situ, kami naik bukit sampai jumpa hutan tebal, jln lobang2...scary ooo. Masa tu tgh ada pembinaan rumah nadabayu ke apa ntah.

Apa pun fikir jugk le nak buat KK sebab kita kan jenis masak, harus le dapur cantik2 skit. :)

Mama Rocky! berkata...

Harus kak bai...dapur adalah tempat utama orang perempuan yang ingin lepaskan segalanya..hi hi ;)