Selasa, 19 Februari 2013

Sepahit Kopi..


saya bukan doktor apatah lagi pakar perubatan yang boleh merawat kesakitan pesakit..saya hanya pegawai biasa namun masih lagi bekerja untuk mendengar dan cuba empati ke atas permasalahan pesakit-pesakit yang datang ke sini..

mendengar itu penting kerana suara-suara yang melontarkan keresahan dan kepayahan itulah yang akan saya adunkan dalam setiap permohonan bantuan kewangan saya kelak..

hari ini, masih lagi terasa..semalam yang masih segar dan cukup kemas perjalanan ceritanya walaupun kalau boleh diminum terasa bak sepahit kopi tanpa gula!

ibu tunggal, mempunyai anak sulung yang berumur 21 tahun tapi mempunyai karekter seperti 12 tahun. pakar mendiagnos pesakit mengalami masalah kyphoscoliosis. ibu mula menyedari pesakit berkeadaan sedemikian sejak pesakit berumur 14 tahun! 

tanpa kita sedar atau tidak, setiap kepahitan yang ditelan dalam kamus hidup ibu tunggal ini ada terselit bunga-bunga hikmah. sepalit kekecewaan tidak terpamer langsung di wajah ibu pesakit. dua episod kegagalan dalam mendirikan rumahtangga tidak mematahkan semangat dan perjuangan seorang ibu untuk meneruskan kehidupan bersama-sama anak-anaknya.

nyata dan terang. isu gender tidak membatasi dan menghalangi tugas saya untuk memberi kesimpulan di hujung perbualan. namun, ibu muda itu masih cuba menggalasi hidupnya agar tega menjadi tunjang kebahagiaan buat anak-anaknya. 

kegagalan perkahwinan pertama ditamatkan ketika pesakit berusia 3 tahun. ketika itu pesakit baru sahaja menjalani pembedahan jantung berlubang di institut jantung negara. sebak si ibu bilamana bapa pesakit rupa-rupanya tidak bertahan lagi memendam perasaan akibat tidak diberi layanan istimewa sejak pesakit disahkan menghidap jantung berlubang ketika usia 1 minggu!

si ibu enggan berpisah kerana memikirkan anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian ibu dan bapa. namun bapa tidak dapat menerima sumpahan tuhan (kepercayaan individu non muslim). jiwa ibu merintih dan memohon bapa mengerti keadaan dan situasi yang dialami mereka sekeluarga. wang dan kebahagiaan sama penting, untuk anak dan keluarga!

apalah erti rayuan. apalah erti pujukan. cinta yang disemai menjadi nista dan kian pudar. ibu pesakit akhirnya diberi pilihan sama ada meninggalkan pesakit di rumah datuk dan neneknya atau memilih suami. jiwa dan perasaan keibuan tersentap. 

orang cakap, zuriat itu adalah penyambung kasih dan sayang bagi pasangan. benar atau tidak bergantung kepada realiti filem kehidupan pasangan yang bergelar suami dan isteri. ibu pesakit bukan tidak menyayangi suaminya. keadaan pesakit yang tidak stabil dan memerlukan rawatan yang kerap di hospital memerlukan pengorbanan yang cukup besar daripada ibu dan bapa. 

ibu pesakit tidak menyesal dengan perpisahan dengan bekas suaminya. dia lebih rela hidup sengsara jika ditakdirkan masih berumahtangga dengan suaminya terdahulu. perkahwinan yang sebenarnya retak menanti belah akhirnya terlerai dan bapa pesakit hanya mampu memberikan rumah untuk mereka berdua tinggal dan berlindung hujan dan panas.

malangnya, hubungan mereka terputus sejak pesakit memasuki darjah satu. ibu pesakit tidak menyimpan dendam kerana sudah dimaklumkan awal sejak mula berpisah bahawa wang bulanan tidak dapat diberikan untuk pesakit. sejak itu, ibu pesakit mula mencari pekerjaan dan akhirnya diterima sebagai tukang jahit dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

ibu pesakit masih lagi menyimpan 'rahsia' dalam melayari bahtera sebagai ibu tunggal. rupa-rupanya, selepas 3 bulan bercerai dengan suaminya, ibu mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara dan di sana ibu bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya. ibu cuba untuk melupakan bayang-bayang hitam namun akhirnya suasana kelam itu telah diintai sang pelangi senja!

tahun demi tahun membina mahligai kali kedua, tuhan memberikan hadiah sepasang kembar untuk mereka. pesakit bertuah kerana masih mempunyai 2 orang adik sepasang lelaki dan perempuan walaupun mereka masih terpisah beribu-ribu batu. pada awalnya bapa tiri pesakit sedia maklum berkenaan 'kecacatan' fizikalnya namun indah khabar dari rupa.

masa tidak pernah menunggu seseorang. muda hanya di awal usia sahaja. datuk dan nenek pesakit tiada berkeupayaan lagi untuk menjaga pesakit lantas menghubungi ibu pesakit untuk kembali menetap di Malaysia sekaligus menjaga dan memelihara pesakit semula.

bagaikan halilintar membelah bumi. pergolakan rumahtangga seakan-akan menjadi badi kepada ibu pesakit. belum sempat seminggu kembali di Malaysia, bapa tiri pesakit tidak dapat menerima kehadiran pesakit di rumah mereka. pesakit diasingkan perhubungan khususnya daripada adik-adiknya yang masih kecil. hati ibu tersentuh bila anak yang dikandungnya 9 bulan diperlakukan sedemikian rupa. anak kandungnya dilayan bagai anjing kurap di dalam rumah sendiri! 

ibu pesakit memendam jiwa dan perasaan hampir setahun. segala tingkah laku tidak berperikemanusiaan daripada suaminya menguji tahap kesabaran sebagai ibu dan wanita. ibu pesakit rela dan sanggup bermatian mempertahankan kebajikan seluruh hidup anak sulungnya. alasan suaminya sama seperti bekas suaminya yang terdahulu. suami atau anak (pesakit).

ibu pesakit tidak mudah untuk menjalani hidup bersendirian selepas kekecewaan rumahtangga yang lalu. namun andai perpisahan yang terbaik buat diri dan anak-anaknya, ibu pesakit melepaskannya dengan hati yang teramat rela. namun ibu pesakit sudah menjelaskan segala-galanya kepada suaminya bahawa tuhan masih memberikan anak yang normal (melalui perkahwinan kali kedua) kepada mereka namun mengapa harus lagi menyalahkan anak cacat yang tidak berdosa?

...kita, berdiri atas nama insan, makhluk yang bernafas atas muka bumiNya..berfikir dan merenungi sejenak setiap ujian yang diturunkan kepada kita semua. ALLAH menguji kita mengikut tahap kemampuan hambanya..walaupun kita berlainan agama dan pegangan, hanya jalan penyelesaian sahaja yang memberikan jawapan samada sama atau berlainan!






2 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

akka dtg follow semula..harap2 kali ni tak hilang lg hehe...tgk yg nama Alia Laila tu..tu anak akak...pening pala hehe

Mama Rocky! berkata...

oh gamaknya..saya klik jugak kat nama alia sb sy rasa adik ni mesti anak akak kot! pelik jugak sudden hilang tapi tak tergerak nak tanya..yg pasti sy selalu singgah blog cute akak..hihi..terima kasih kak..moga silaturahim kita berpanjangan..