Jumaat, 22 Mac 2013

Kisah Kelas Seni Khat Lagi..


diam tak diam rupa-rupanya dah 3 minggu adik Balqis bertandang ke teratak kami untuk mempelajari ilmu seni khat jawi..alhamdulillah dan sempena cuti sekolah yang bermula pada hari ini makanya esok adalah diibaratkan 'off day' untuknya..

dari hari ke hari nak post entri pasal dirinya..adik bertuah ni seorang yang tak penat mengejar ilmu pengetahuan..aktivitinya sentiasa padat! adik ni lagi tak akan membiarkan masanya walaupun seminit terbiar macam angin lalu sahaja..kalau hari sabtu tuh, pagi sahaja dah sibuk dengan aktiviti sekolahnya petang lak berkejar ke cheras..hai dik..tak penat ke awak?

apapun, masa muda ni lah kita nak 'kejar' semuanya..yang baik-baik sahajalah..sejuk perut mak kau nak..

dan..yang lebih buat mama rocky terharu bilamana adik Balqis berjaya mendapat tempat pertama dalam sesi pertandingan antara sekolah-sekolah di daerah sepang..so what??? yelah, mana tak tertumpang bangganya daku sebab adik ni sekaligus akan melangkah lagi dengan mewakili daerah sepang untuk peringkat ke selanjutnya..vavava..baru darjah 3 tapi dek semangatnya yang tak pernah padam makanya adik ni dengan izinNya maka rezeki menyebelahi beliau...syukurlah dik...

sekurang-kurangnya adik ni dah buktikan kepada guru sekolah agamanya bahawa pelajar di tahap darjah 3 boleh melakukan juga dalam pertandingan seni khat! 

hadirnya ke teratak kami adalah untuk menambahkan lagi bakat terpendamnya..cahaya bakat dah ada, tinggal nak asah bagi berkilat jer..mr pun bukanlah terror sangat sekadar berkongsi sedikit ilmu dan skill sahaja yer..yang selebihnya usaha dan doa adik balqis dan ibu bapanya..

di sini, mama rocky juga nak ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 9 TAHUN kepada adik balqis (esok harijadinya tapi wish awal yer..), semoga ALLAH merahmati kehidupan anak..belajar sungguh-sungguh ye!

selamat menempuhi alam cuti sekolah..buku dan homework jangan lupa!

Rabu, 20 Mac 2013

Gift Comel Untuk Rakan Blogger!


mama rocky ni mungkin tak pandai nak jaga hati rakan-rakan tapi terus terang ada terselit di sanubari ni perasaan ingin menjaga sebaik mungkin ikatan persaudaraan sesama blogger sama ada yang dikenali secara langsung atau tidak..

justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin kerjasama rakan-rakan blogger yang terbaca post saya hari ni agar dapat memberi alamat u ol bagi memudahkan saya mengirimkan tas tangan seperti pic di atas..

sesiapa yang nak pun, persilakan untuk p.m saya dan tak kisah untuk jadi follower blog yang tak seberapa ini..pastikan "rebut" dalam tempoh seminggu ini bermula esok taw!

saya rasa, inilah cara saya nak hargai kalian..terima kasih kawan-kawan!

Ini Kisah Jiwa Patriot


oh.. ini pic yang diambil semasa mama rocky balik dari event 1Million Women Purple Walk baru-baru ni..
sempatlah mr ala-ala paksa dan anak-anak pulak dalam keadaan rela terpaksa picnya dirakam untuk kenangan..agak kesukaran untuk mendapatkan  aksi terbaik dan ala-ala kandid mereka berdua ni..tapi bila suara ini dilontarkan mengikut frekuensi yang agak maksimum, gamaknya barulah bebudak cinonet ni berdiri mengikut gaya memasing..hukhukhuk...

wah bila dak kina (bukan kinabalu ek..) memegang bendera gemilang sambil tersenyum tetiba rasa bangga menjadi anak MALAYSIA..walaupun negara kita dalam keadaan tercabar/dicabar/mencabar etc tetapi syukur kepada ALLAH kita boleh lagi melalui perjalanan dalam zon selesa..harap-harap rakan taulan dan saudara mara yang berada  di malaysia timur terutamanya di SABAH terus dilindungi rahmat ILAHI..buat rakan-rakanku yang seperjuangan di zaman USM khususnya, semoga kalian makin kuat dan tabah mempertahankan tanah negerimu..kita semua rakyat semalaysia juga yakin dengan daulat ketuanan negara bangsa kita!

see anak-anak mama, harapan mama moga kalian juga tidak berpatah arang dan harus berbangga menjadi anak di bumi indah permai ini..jaga agama, bangsa dan negara kita..pertahankan segala maruah dan daulat seluruh kehidupan kita selagi kita menghirup nafas di tanah melayu ini!!!

YA ALLAH, SELAMATKAN BUMI MALAYSIA!

Isnin, 18 Mac 2013

Bicara Dengan Tumbuhan-Terapis Jiwa


orang cakap, kalau selalu berbicara dengan tumbuhan, tumbuhan tu akan sayang pada kita..
orang cakap lagi, masa siram kat pokok-pokok atau tanaman-tanaman tuh banyak-banyakkan lah berselawat ke atasnya..

wahai pokok yang cantik, segarlah kau dengan air yang kusiramkan ini..tumbuhlah dengan bugar nan menghijau..berilah oksigen yang lebih kepada daku yang menghirup di sisimu ketika ini..
bercakap dengan tumbuhan merupakan terapis yang antara terbaik dalam membentuk emosi seseorang selain membela ikan, kucing, ayam dan seumpamanya...

daku juga rindukan bunyi  hamparan air di liku-liku sungai..moga ada harapan untuk kuciptakan 'air terjun' di ruangan yang agak sempit di teratak kami..eiiii...damainya...

Bahang Purple..Emosi Berubah Jap!


semalam seluruh Malaysia diserang kumpulan warna unggu atau purple..ala-ala walkaton gitew..
terlebih rajin tuh yang kepingin join aktiviti kemasyarakatan..
yang tak bestnya tuh, ater kata 'women purple walk' tapi ada pulak golongan adam yang bersepah kat event tuh..apa lah..cakap tak serupa bikin...eh..eh..sapa yang cakap tuh tak tahulah saya nih..kekwat lebih kot...

emm..tak pasal-pasal wall blog saya pun terkena virus 'purple'..saja cari mood sore-sore nih...

nota diari: KL mendung lagi...

Jumaat, 15 Mac 2013

Hilang Barang Azimat!


sedih tak sedih tapi tak lah sampai menangis sekuat hati..sebenarnya hati ni dah berkata-kata sejak berpindah ke rumah baru..cuma hati ni dan tangan tak seiiring nak mencari 'barang azimat' anak-anak! nak jadi cerita saya terlalu excited memarahi dak ceraplah! nakalnya terlalu menjadi-jadi sekarang..dah ramai pakar jiwa dan motivasi mencurahkan pandangan dan menasihati mamanya ni agar bersabar, bersabar dan bersabar..sebenarnya, mamanya ni bukan tak boleh bersabar tapi saja nak improve diri dengan mencari skill-skill kemahiran keibubapaan..ciwahhh

'barang azimat' apa pulak mak dia ni???
korang..mungkin ada sesetengah kita anggap hanya kepercayaan dan karut/bidaah semata-mata..saya tak percaya sangat sebab takut jatuh syirik..korang dan saya atau kita semua semua lahir ada tinggal tali pusat tak? ha ha ha..kelakau..kelakau..ni pun nak jadi isu tapi isu inilah buat diriku jadi sendu!

hilang dua-dua tali pusat anak pulak tuh..berpeluh dahi dan ketiak mak dia ni hah..dengan bapak kepada bebudak ni hah pun mencari sekali..cik suami tuh dah muncung semacam..dia orang jawa (maaf yer sesiapa jawanese yang terbaca ruangan pojok nih...) lagilah bab-bab anak kena 'jaga-jaga'..

masalahnya bukan saya tak jaga..dah disekalikan dalam bekas kayu..dah 2 hari 2 malam mencari dan menggeledah dalam rumah..woooo mau hot dibuatnya..

ada beberapa versi saya terdengar pasal tali pusat ni..antaranya..
-jika disatukan dalam satu bekas anak-anak akan bersatu hati (kononnya.....)
-kalau anak kembung perut dan nangis berteriak semacam, ambik minyak kelapa sapu pada tali pusat si anak..kendian, sapu kat perutnya...(katanya...)
dan.....
kalau anak terlalu nakal tak telan cakap mak ayahnya, ambik tali pusat tuh rendam dalam air, kendian rebus...dah mendidih bagi suamkan air tuh..buat dibancuh dengan susu..kohkohkoh....

bajet korang faham tak apa isu yang saya utarakan ni tak?

nasib baik tak jumpa tali pusat dak cerap.......

Isnin, 11 Mac 2013

KL Kita

sumber :google

waktu mencemburui aku
kota raya menjamah ku
di mana perginya mimpi ku
mungkin dijemari mu

kau menghidupkan semangat ku
kau memberikan harapan
dan kau rampas semula

ku mencari jawapan
di setiap persimpangan
impian yang ku simpan
hanya padamu

nota diari : jasad sahaja di KL tapi hati masih ada di sana..oh yei....

Sabtu, 9 Mac 2013

Mencari Keyakinan..Auchhh



nampaknya hari-hariku yang berlalu ternyata membuatkan daku kembali ke semangat puan badannya! memang agak sang penggila minyak wangi, itu yang kukira boleh dikawal rasa obses untuk menghirup udara segar....

ada dua ketul lagi di gerobok putih kesayanganku..huhu..tunggu elianto kaler pink atas tuh habih dulu..emmm baunya sahaja membuat daku rasa energy..kihkihkih

dan..bedak arab tu pula antara orderan daku yang telah kuterima baru-baru ini..pun tidak meninggalkan rasa kecewa buatku! terasa berkilauan dan yang pasti boleh dibawa ketika kita bersolat..yang terharu, cik hasben memuji dan menjeling manja kat bini dia nih hah! ulat bulu naik daun ler....saper tak sayang bini oi.... ")

ayoh..jom cari keyakinan beb!

Isnin, 4 Mac 2013

Projek Marble Almond..



hidup bertambah manis jika perkara atau hobi yang kita suka tercapai untuk dilaksanakan..
kek marble almond mama rocky berjaya dicipta jam 6 petang semalam..tengah bersemangat, hati kena tenang barulah dapat feel..wi hi hi


emm..yummi..asyraf dan sakinah sibuk jugak mengemas..belum habis lagi sesi membelah kek..


selamat sudah....gebu kawwwwwww


tadaaaaaa
jemput makan yer...moshi-moshi...
erkkk alhamdulillah...

tips masak/baking kek:
saya guna tepung nona jer..bancuh dan ikut arahan betul-betul..yang mustahak kena baling 4 bijik telur baru ada 'rasa'..timing pun kena betul-betul, kang terlebih hangus pulak ")

selamat bergoyang di dapur  " _ "

Sabtu, 2 Mac 2013

Kelas Seni Khat Bermula!






alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana akhirnya kelas seni khat yang daku programkan akhirnya terlaksana jua..ikutkan daku hampir ke garisan putus asa sebab kurang dapat sambutan..almaklum ler, kelas ni bukan kelas matematik, muzik atau kelas bagai yang lain..mama rocky tak memaksa mana-mana parents untuk joint kelas nih..kohkohkoh

namun, ada kenalan yang mungkin tersinggah blogku ini iaitu puan Linda sanggup menghantar anaknya (gambar) untuk mengasah lagi bakat si kecil..sobsobsob..terharu daku tau sebab parents nih tinggal kat dengkil, yang padaku jauh juga perjalanannya..namun demi ilmu ibu bapanya tak kisah rintangan yang ada asalkan anaknya ini dapat hadir ke kelas yang diimpikan..

emmm bagai ada jodoh nak jumpa, si kecil ni namanya Nur Bilqis..bijak dan mudah faham bila diajar..senang cakap, terang hatinya! darjah tiga tapi ada minat yang tinggi! pada mr, adik ni sudah ada pakej untuk terus maju..apapun, mr senang dengan anak didik nih..alhamdulillah..

nota diari : torkonang den masa sekolah agama dolu..