Rabu, 20 Mac 2013

Ini Kisah Jiwa Patriot


oh.. ini pic yang diambil semasa mama rocky balik dari event 1Million Women Purple Walk baru-baru ni..
sempatlah mr ala-ala paksa dan anak-anak pulak dalam keadaan rela terpaksa picnya dirakam untuk kenangan..agak kesukaran untuk mendapatkan  aksi terbaik dan ala-ala kandid mereka berdua ni..tapi bila suara ini dilontarkan mengikut frekuensi yang agak maksimum, gamaknya barulah bebudak cinonet ni berdiri mengikut gaya memasing..hukhukhuk...

wah bila dak kina (bukan kinabalu ek..) memegang bendera gemilang sambil tersenyum tetiba rasa bangga menjadi anak MALAYSIA..walaupun negara kita dalam keadaan tercabar/dicabar/mencabar etc tetapi syukur kepada ALLAH kita boleh lagi melalui perjalanan dalam zon selesa..harap-harap rakan taulan dan saudara mara yang berada  di malaysia timur terutamanya di SABAH terus dilindungi rahmat ILAHI..buat rakan-rakanku yang seperjuangan di zaman USM khususnya, semoga kalian makin kuat dan tabah mempertahankan tanah negerimu..kita semua rakyat semalaysia juga yakin dengan daulat ketuanan negara bangsa kita!

see anak-anak mama, harapan mama moga kalian juga tidak berpatah arang dan harus berbangga menjadi anak di bumi indah permai ini..jaga agama, bangsa dan negara kita..pertahankan segala maruah dan daulat seluruh kehidupan kita selagi kita menghirup nafas di tanah melayu ini!!!

YA ALLAH, SELAMATKAN BUMI MALAYSIA!

Tiada ulasan: