Jumaat, 22 Mac 2013

Kisah Kelas Seni Khat Lagi..


diam tak diam rupa-rupanya dah 3 minggu adik Balqis bertandang ke teratak kami untuk mempelajari ilmu seni khat jawi..alhamdulillah dan sempena cuti sekolah yang bermula pada hari ini makanya esok adalah diibaratkan 'off day' untuknya..

dari hari ke hari nak post entri pasal dirinya..adik bertuah ni seorang yang tak penat mengejar ilmu pengetahuan..aktivitinya sentiasa padat! adik ni lagi tak akan membiarkan masanya walaupun seminit terbiar macam angin lalu sahaja..kalau hari sabtu tuh, pagi sahaja dah sibuk dengan aktiviti sekolahnya petang lak berkejar ke cheras..hai dik..tak penat ke awak?

apapun, masa muda ni lah kita nak 'kejar' semuanya..yang baik-baik sahajalah..sejuk perut mak kau nak..

dan..yang lebih buat mama rocky terharu bilamana adik Balqis berjaya mendapat tempat pertama dalam sesi pertandingan antara sekolah-sekolah di daerah sepang..so what??? yelah, mana tak tertumpang bangganya daku sebab adik ni sekaligus akan melangkah lagi dengan mewakili daerah sepang untuk peringkat ke selanjutnya..vavava..baru darjah 3 tapi dek semangatnya yang tak pernah padam makanya adik ni dengan izinNya maka rezeki menyebelahi beliau...syukurlah dik...

sekurang-kurangnya adik ni dah buktikan kepada guru sekolah agamanya bahawa pelajar di tahap darjah 3 boleh melakukan juga dalam pertandingan seni khat! 

hadirnya ke teratak kami adalah untuk menambahkan lagi bakat terpendamnya..cahaya bakat dah ada, tinggal nak asah bagi berkilat jer..mr pun bukanlah terror sangat sekadar berkongsi sedikit ilmu dan skill sahaja yer..yang selebihnya usaha dan doa adik balqis dan ibu bapanya..

di sini, mama rocky juga nak ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 9 TAHUN kepada adik balqis (esok harijadinya tapi wish awal yer..), semoga ALLAH merahmati kehidupan anak..belajar sungguh-sungguh ye!

selamat menempuhi alam cuti sekolah..buku dan homework jangan lupa!

1 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

cantiknya..
selamat hari lahir juga buat balkish