Isnin, 22 April 2013

Merah Tanda Cintaku!



entah kenapa, hari ini di saat maghrib hampir melabuhkan tirai daku tetiba terajin memasak coklat untuk disalut ke buah strawberi yang comel-comel nih..bukannya beli kat cameron highlands tapi cik hasben dapat buah tangan semalam semasa hadir untuk mesyuarat persatuan  pengasuh berdaftar malaysia di kelana jaya..wooo

alang-alang dah tersinggah kat supermarket, sambau satu paket coklat untuk masakan..bagusnya coklat ni mama rocky tak sempat nak haplot sebab dak cerap dah rembat buat baling-baling...

emm padanlah datuk k tunaikan hajat mak siti..strawberi masam, coklat lak manis..paduan cinta masam manis gitew...kohkohkoh...aku nih tak heran buah nih sangat  tapi disebabkan warnanyalah membuatkan daku bertenaga!

inilah strawberi cinta!

Rabu, 17 April 2013

Jemput Datang Ye!


salam muhibbah
mama rocky nak kabau ni hah..uol yang tetiba tersinggah baca blog hakak ni kalau berkesempatan ada masa terluang tu jumaat ni, mai lah singgah ke ppukm..ada forum perdana berkenaan undang-undang keluarga ISLAM..i think so good untuk kita semua tak kiralah kau tu wanita atau lelaki..

kowang dan hakak nak tahu tentang 'apa hak anda' ?
jawapannya akan terungkai pada hari jumaat nanti, insyaAllah..

jemput datang ye!

Ahad, 14 April 2013

Time To Release..Huah Huah..





semalam terukir sejarah bilamana daku memejamkan mata dan bertindak tanpa menoleh ke belakang lagi.. ciwah, gamaknya macam orang yang baru nak bangkit dari semangat yang hilang..yup, mama rocky memanjakan diri di spa kaw.....yuhuuuu...mau tak melayang duit poket rm300 weh...gewwww

hapdet ye korang...hakak ni set temujanji last minit, mujur ada kosong..nasiblah cik abang kat rumah bermurah jiwa dan raga untuk menjaga anak-anak kat rumah weekend lepas..so jangan terpanjat berok sebab hakak berada di AR hampir 6 jam..so, tersangat puas hati..tak menyesssal berlabur duit ..dari mana, sapa yang beri tak perlulah cakap..kang riak pulok..ringkas cakap, simpan pun ada gunanya dan pekdahnya..dah ater, untuk diri tak kan nak berkira sangat kan??? 

tapi bila memikirkan untuk manfaat untukku jua, tak salah dan tiada sesalan untukku bila servis yang daku terima bagaikan diriku bidadari dilayannya..memang best sesangat, beribu bintang bolehku berikan jika ada yang bertanya ") ..

so, sesiapa yang berada di kawasan bangi atau sewaktu dengannya harus memikirkan projek kalian khususnya untuk kecantikan diri dan keluarga..yelah mama rocky ni last berspa pun empat tahun lepas tu pun sebab nak naik pelamin..hikhikhik

emm, pakej yang mama ambek ni siap dengan facial selain herbal sauna, aromaterapi masage, full body scrub, fb mask dan yang mama suka gila-gila ialah mandi susu dengan bunga! 

korang wanita di luar sana, dah gi terai ke bermanja di spa? best kan? 
hehe...best...


Khamis, 11 April 2013

Koleksi FM..Kembali Mengumpul!


heppi semua..
meh kita berdoa semoga mud ceria dan senang hati terus bercambah di sanubari kita buat hari ini..emm mama rocky senang hati untuk berceceran tentang fridge magnet..kohkohkoh..hobi ni dari sejak zaman kampus lagi tapi banyaknya sekarang ada di rumah bondaku di melaka nun jauh di sana..ceh macam jauh sepelaut bunyinyer..nak kata gila mengumpul tidaklah tapi alang-alang dah ada  apa salahnya untuk terus dijadikan koleksi..pandang satu, terkenang lak satu-satu peristiwa..pendek cakap, setiap fm ada citer ler! 

nyehnyehnyeh..la ni mama rocky cuba pertahankan barang-barang fm ni kat rumah..fuhhh berpeluh dahi mak ni sebabnya budak-budak metot tuh senang jer gapai kendiannya pi tempek kat fridge lagi satu..rumah kami ni fridge sampai dua sebab cik hasben bawa dari maran semasa nak berpindah..sayang katanya untuk dijual! so, untuk memenuhi ruang legar di pintu fridge mama rocky tak segan silu meminta pak sedara agar jeling-jeling kat obersi kot-kot ada fm yang cute dan menarik..hihi ada juga kenalan-kenalan dan sedara mara yang  sudi terpaksa membaling satu kat daku sebab tahu benau tentang kegilaanku pada fm..wuihhhh...

Rabu, 10 April 2013

Johor Darul Takzim Player Escort!



wuah wuah wuah 
bebulu orang lain tengok kau nak oi..
gasak la, mama tak heran kalau ada yang meluat ha ha ha

dasat weh, Johor Darul Takzim ada kids player escort..ahli baru..
hik hik hik

itu azam ayah dia orang lah..
two tonez ler katakan..jdt memecahkan tradisi persembahan t-shirt..ok, santexxx ")
dan lagi tmj menerajui tampuk pimpinan
tu antara yang menyebabkan ayahnya berapi dan bersemangat

tapi kalau jdt kalah, sanggup tak beli surat kabau kau..
koh koh koh
kata harimau selatan

 nota diari : JJJ hilang di mata, di hati tetap dikenang

Selasa, 9 April 2013

Aku Tak Akan Jemu


Ya Allah
apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah
apabila ada di dalam bumi keluarkanlah
apabila ada di laut, maka naikkanlah
apabila jauh, dekatkanlah
sekiranya dekat maka permudahkanlah....

..aku tak akan jemu untuk terus berdoa..

Jumaat, 5 April 2013

Kisah Gajet..


semalam, lepas bawak budak-budak gi klinik panel tak agak-agak menyinggah di kedai samsung..sebabnya hajat nak belikan cik hasben tak tertunai lagi sejak dua bulan sudah! kesian..yelah cik hasben ni bukanlah kaki teknologi, bergaya dengan barangan dunia..dirinya cukup low tak tahulah apa ke sebab musababnya sama ada tak nak ikutkan perkembangan atau pun jenis malas nak layan...

handphonenya hilang semasa berkursus di kuantan tahun lepas?! bantai pakai csl je kaw lepas tuh..amek kaw, ada mak kisah? janji ada call in and call out..

so what..

pilihanku, pilihan dia..jenis memang tak kisah bini dia pilih apa..bukan memaksa tapi diberi pilihan sampai 10 kali pun terserah pada bini..emm asalkan ada android dan boleh smooth 3G tiada masalah, sambar satu cukup! install google translate, instragram, whatsapp bla bla bla...apa yang ada dalam playstore, pelan study lagi kan...

so, inilah kisah gajet yang tak seberapa..

Pantun Jangan Terasa..


salam sudah peluk pun sudah 
air mata berderai-derai
kalau benci jangan diludah
remuk jiwamu iman berkecai

pohon nyiur jatuh ke laut
dahan mempelam di dalam raga
macam mana jiwa serabut
teman menikam siapalah duga

adik manis bertudung biru
duduk seorang dalam kereta
adat dunia memang begitu
depan sopan belakang mengata

syair sudah berpantun pun sudah
ramai-ramai bergurau canda
kalau yang sudah biarlah sudah
anggap si polan sudah tiada!

Isnin, 1 April 2013

Permata Jiwa Mama!



semalam 31.03.13 cik mek molek anakku memberanikan diri menaiki pentas di pasaraya giant cheras..ayahnya lah, bersungguh-sungguh suruh anaknya bergiat miat..hah kak, time kecik tak pa lah yer..dah besau nanti kita carik contest lain lak..nyehnyehnyeh

in moral, my husband cakap nak dedah atau exposkan si kakak agar brave di khalayak ramai..ciwah..nak gantikan kak jat ke dear?? 

mama rocky pun tumpang bangga dengan anak-anak kecik tu menggayakan pakaian dan menari di pentas..finally nyanyi ramai-ramai lagu 1Malaysia..si kakak hanya guyang pinggulnya jew...kehkehkeh ")