Rabu, 8 Mei 2013

Chicken Goreng Rempah Ala-Ala Melakaku Sayang


wah..segmen jom ke dapur mama petang ni tajuknya berbaur kenegerian kaw...aku ada, kau ada?
aharksss..dah toksah gado-gado pasal politik, pilihanraya dah lepas..adat bertanding, tiada yang selalu di atas dan tiada pula selalu di bawah...ciwah...

ni gambau mama snap ahad lepas..dah jadi baja pun kaw..teringin nak cuba, silakan..tapi kalau siapa yang dah cuba dengan resipi tersendiri, diam-diam pulak turrrr...alamatnya tak dapatlah den nak kato apo..memang jawabnya kau ada, aku tak adalah..hahaha..




kowang..mama shoot terus gambar ayam yang telah dipotong-potong mengikut kebesaran saiz idaman yer...perap tu biaulah 30 hingga 45 minit, biar meresap ramuan bagai...apa bahannya?? 
sabau...kang bawah nanti mama list...


yang ini memang style mama taim memasak yer..tak lah hebat macam chef-chef kat dalam tiwi tu..suka letak suratkabau keliling tunku sebab memanglah minyak terpercik jauh beberapa meter tapi disebabkan virus malas ada untuk menyental, makanya macam inilah situasinya..

goreng macam biasalah ye kak jah-kak jah..



taraaaaa
marbeles, terangkat punggung ketika makan dengan nasi panas beb...
menarik sebab warnanya yang serba keemasan..jangan jelezzz...
resipinya mudah, jom follow lagi..

ayam, bahagian apa lantak kowanglah..saiz besau mana ikut hati kowang..
bawang merah 8 - 10 ulas
bawang putih 5 ulas
halia sebesar ibu jari 1 ketul
kunyit sebesar ibu jari 2 ketul 
1/2 sudu camca serbuk ketumbar
1/2 sudu camca serbuk jintan
3 sudu camca serbuk kari daging/ayam
1 @ 2 batang serai (ketuk tapi jangat lumat)
beberapa daun kari 
garam sesedap rasa

mula dari bawang hingga kunyit, tumbuk semua eaaaa...
gaul lak dengan serbuk-serbuk yang ada
jangan lupa nak sedap tambah 1 @ 2 sudu madu..kendian taburkan daun kari..

perap la dalam setengah jam..

pastu mulalah aktiviti menggoreng..ingat, goreng dengan penuh kasih sayang tau..
mama ni sekadar berkongsi apa yang ada, bahasa chef pun tak tinggi mano eh..

sekian..

*selamat menjamu selera bersama si dia yang tersayang*

Selasa, 7 Mei 2013

Memori Terindah Kelas Khat





inilah gambar terakhir yang sempat mama rocky ambil, sungguh kelihatan bersungguh dan tenang ajer adik Balqis mengalunkan tangannya membentuk tulisan  khat. adik Balqis dah tamat pun sesi kelasnya bersama daku minggu lepas iaitu seminggu sebelum pilihan raya..sedih dan terharu masa habis kelas..

yang mama rocky tumpang bangga sebabnya 11 mei ni iaitu pada hari sabtu adik Balqis akan mewakili negeri selangor!! itu hari dah menang peringkat daerah..wah...serius sesangat daku rasakan adik ni memang berminat nak memperhalusi tulisan jawinya..yelah kalau tiada dorongan daripada ibu dan bapa juga tak ada makna juga pada anak-anak ni..

terasa juga kat daku sebabnya daku akan pastikan anak-anakku juga akan memelihara dan mempraktikkan tulisan jawi agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..bukanlah mama rocky nak tunjuk terror sangat tapi yang mana mama rocky boleh tunjuk ajau, daku akan ajau! 

kepada puan Linda, mama rocky ucapkan ribuan terima kasih atas pemberian istimewa, kain biru bertakhta manik! terharu sebabnya sebagai 'guru' kita tidak mengharapkan apa jua balasan. cukuplah anak-anak berjaya dalam bidang yang diceburi..anyway, thank so much friend!

emm mama rocky tak tahu lagi nak buat pattern apa kat kain pasang ni...

nota diari : baju biru, tudung putih..


Isnin, 6 Mei 2013

Laundry Layan Diri

Sehari sebelum menjelang PRU 13, mama rocky sempat bertandang ke laundry layan diri di taman bukit segar, berhampiran tempat rumah kami..sebenarnya dah tahu kewujudannya sejak daripada akhir tahun lepas lagi tapi tak targerak lak hati ni nak menyinggah apatah lagi menghumbankan baju-baju @ toto ke laundry ni..meh jom  layan gambau dan sedikit bebelan daripadaku ini..
saper yang tak hingin baca, pi berambus cepat okeh...syohhhh ")


ada seketul beruang putih yang dok tepek bagi info kat laundry ni..bagus jugak teknologi ni..dari US..oppss bukak 24 jam nak...


siap bagi tatacara penggunaan lagi, satu persatu..3 bahasa okeh..so, taklah kalut sangat, bahasa ibunda ada..ikut arahan dan nombor arah jam lagi tuh!


ni washing machine yang boleh pikul takat 9 kg jer..paling besar 14 kg jer..banyak, tak yah berebut...setiap mesin, harga berbeza..maksud mama rocky, penggunaan untuk basuh dan spin dalam 25 minit gitew cuma RM7..tapi kalau nak dryer ada caj tambahan siket...


okeh ni pula mesin menjual sabun-sabun pilihan mengikut suka hati kowanglah..sepeket sehenget..tapi mama rocky nak bagi tahu awal, kira tips jimat ciput untuk kowang..sila bawa sendiri sabun kowang yang wangi-wangi tu daripada rumah yer..dan mesin ni yang sebelah kiri tu pula untuk kita-kita tukau duit kertas kepada coin syiling 50 sen yang baru..yang lama dia tak layan!


inilah insan yang jiwanya setia menunggu...masa ni toto dak cerap sedang dipulas oleh mesin!

so...makcik-makcik, mak jah-mak jah dan bro-bro di luar sana jangan ada alasan nak bermalasan lagi tak nak mencuci pakaian atau segala bagai yang bersesuaian yer lepas ni..nak kena cuba..

-tata-

Jumaat, 3 Mei 2013

3 Sifat Suami Harus Diintai Oleh Isteri!




malu tapi mahu

kalau dah sanggup dan berkenan dengan pakaian misalannya, sanggup tak tukar ganti sampai 3-5 tahun..
nak cakap kat bini, tolong belikan...payah!

romantik tapi ganas seh

i'm a big macho man....
istilah bagi orang lelaki yang gah lagaknya perkasa

diam-diam ubi

kalau ubi, adalah hasilnya
tapi kalau dah namanya lelaki...
sekali cakap hilang segala teka-teki!