Selasa, 7 Mei 2013

Memori Terindah Kelas Khat





inilah gambar terakhir yang sempat mama rocky ambil, sungguh kelihatan bersungguh dan tenang ajer adik Balqis mengalunkan tangannya membentuk tulisan  khat. adik Balqis dah tamat pun sesi kelasnya bersama daku minggu lepas iaitu seminggu sebelum pilihan raya..sedih dan terharu masa habis kelas..

yang mama rocky tumpang bangga sebabnya 11 mei ni iaitu pada hari sabtu adik Balqis akan mewakili negeri selangor!! itu hari dah menang peringkat daerah..wah...serius sesangat daku rasakan adik ni memang berminat nak memperhalusi tulisan jawinya..yelah kalau tiada dorongan daripada ibu dan bapa juga tak ada makna juga pada anak-anak ni..

terasa juga kat daku sebabnya daku akan pastikan anak-anakku juga akan memelihara dan mempraktikkan tulisan jawi agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..bukanlah mama rocky nak tunjuk terror sangat tapi yang mana mama rocky boleh tunjuk ajau, daku akan ajau! 

kepada puan Linda, mama rocky ucapkan ribuan terima kasih atas pemberian istimewa, kain biru bertakhta manik! terharu sebabnya sebagai 'guru' kita tidak mengharapkan apa jua balasan. cukuplah anak-anak berjaya dalam bidang yang diceburi..anyway, thank so much friend!

emm mama rocky tak tahu lagi nak buat pattern apa kat kain pasang ni...

nota diari : baju biru, tudung putih..


Tiada ulasan: