Jumaat, 20 September 2013

Jangan Baca !

mama ni follow jer rancangan yang diterbitkan di oasis kat astro tu
alah..talk show 3 ustazah..
korang kalau tak kisah boleh blah ah..
saja mama nak coretkan buat teladan!

terselit pengajaran 'jangan membebel' wahai isteri-isteri
kisahnya seorang lelaki ni penyabar orangnya
sejak berkahwin tak pernah nak membalas kata isterinya
si isterinya pula dilahirkan 'suka berkata-kata'
yelah kan..kerja rumah, uruskan anak, masak-masak, cuci pakaian semua di bahu isteri..manalah si isteri tak melepaskan geram dengan membebel!
mungkinlah si isteri ni super hebat, membebel siang dan malam!
si suami dah tak tahan menanggung perasaan pada suatu malam hari...
dengan penuh semangat si suami mendukung isterinya lalu dicampakkan isterinya ke dalam perigi buta di belakang rumahnya! masyaAllah, sungguh kejam kan??
(dalam hati news ni kenapa tak keluar dalam paper ek?)
ok sambung lagi..
si suami rasa sangat lega dan teramat puas hati
tiba-tiba si suami terjaga dalam pukul 3 pagi
meraba-raba tangan kirinya, mencari isterinya tiada di sisi ketika di kamar!
dengan segeranya si suami ke belakang rumah..
alangkah kepalang si suami
terkejut melihat makhluk berbulu teramat besar merangkak keluar dari dalam perigi!
si suami sempat berdialog dengan sang makhluk itu
bertanyakan apakah hajat makhluk itu keluar secara tiba-tiba kerana selama ini mereka sekeluarga tidak tahu menahu kewujudan makhluk berbulu di dalam perigi mereka!
makhluk berbulu itu pun menjawab soalan lelaki itu dalam keadaan termengah-mengah..
sebenarnya makhluk itu memang dah bertapa di dalam perigi buta sejak berkurun lama sebelum pasangan tersebut diijabkabul lagi
namun makhluk itu terpaksa mengambil keputusan dengan berat hati untuk keluar dari tempat pertapaannya kerana tidak tahan bertemu dengan wanita yang sangat suka membebel!!!
pulak, itu macam pun ada??
nah..perkiraan kita sekarang bagaimana ya?
renung-renungkan...

Jumaat, 13 September 2013

Sejarah Mengidam..muihihihi ")

Kredit foto to fizgraphic dot.com

salam pagi jumaat
syukur alhamdulillah sangat-sangat, masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas!

mama rocky ni kalau dah tiba gian mian nak menulis macam ni gamaknya.
ambil semangat dulu sebelum serius work yang wajib (eh macam tu lak..kihkih..)

tapi ni sebenarnya entri yang mama rocky dah siap taip malam tadi
dak cerap pulak ganggu, mahu diusap-usap lak kakinya supaya lena tidur..ok layan sajalah

mr yakin, setiap ibu yang pernah melalui zaman mengandung pasti merasai feel mengidam kan? what???
ada yang seronok dan ada juga yang tidak seronok mendengarnya!
sabar sajalah ibu-ibu ni..dah beranak pinak pun masih ada lagi rasa mengidam..kahhh..
syukurlah kalau ada yang rasa macam biasa, tiada melalui morning sickness..
tapi bertuah badan wanita mengandung itu jika hasbennya pula yang mengidam!

antara pengalaman mr dalam hey ni..emm..mungkin tak teruk mana dan tak kurang mana
dari dak kina sampai bakal nombor 3 ni, morning sickness tak rasa tapi melaluinya saat 12 tengah malam! wah...sungguh bersabar hati ni sebenaunya..

lagi..anak pertama dan yang dalam perut ni..hebat dan kesabaran wak ajis sangat teruji weh..mr tak leh dekat dan rapat-rapat dengannya! masam sungguh!!! loya mak ni...nak buat macam mana, bukan dibuat-buat kau...minyak wangi dia pun mak tak boleh bau..sobsobsob

dan yang terkini, hebatnya penangan budak dalam perut sampai terhabis duit mama rocky...haha memang cepat jemu dengan satu-satu jenama sabun mandian..mama bosan..mama bosan!!! jadinya mr akan beli sabun mandian ikut suka hatilah mr lah asalkan wangi tapi kalau dah bosan, beli lain lagi!

eii..biarlah daku coret di sini juga untuk keabadian cintaku sepanjang pengalaman berpregnant..ishh selesa betul cik hasben setiap kali mr preg..mana taknya, mr mesti kena drive kereta, tak boleh jadi co-driver atau penumpang belakang..nanti automatic muntah kekuningan akan tersembur...eiiii dirty u...

ok..mama nak stop kat sini..
nanti mama nak print buat scrap book..nyehhhh

Khamis, 12 September 2013

Gath Member SKBB 2013!

kredit foto: anisaida

alamak..
pagi-pagi saya dah terima wassap daripada Yana, taukeh warisan stesen minyak Petronas..sebenarnya dia ni kawanku sejak dari sekolah rendah lagi..tup-tup jer mengirimkan berita nak buat gathering awal Oktober ni kat MITC..kira macam reunion ar wak, untuk we ol batch 1986-1991..emm mr macam berminat tapi dalam kapla ni dah macam-macam nak tanya..

emm yang tak best tu, buat hari isnin..esok tu kan kena bekerja? dah la daku ni kakitangan awam..pecinta kerjaya la katakan..wakaka..berbulu ke kau weh???

bikin seronok gak kalau jumpa kawan-kawan lama ni nak-nak lagi zaman sekolah rendah..konpem banyak cerita-cerita busuk masyuk..nyehnyeh..mama suka..mama suka..tapi yang best tu, dia orang-dia orang ni nak tahu macam anak dah berapa, dah kahwin ke, eh kau kahwin lain ke, kau kerja apa sekarang, kau kerja kat mana, tinggal kat mana..bla..bla..bla..

sehhh
nanti-nantilah mama fikirkan nak pergi atau tak..
tapi rasa-rasanya jawapannya dah ada..

Nota Diari:

-Tiada dulu tiada Sekarang-
-Kalau dah pandai jangan nak membongkak-
tata

Rabu, 11 September 2013

Jangan Pandang Hina Pada Bangsa Melayu!


pic ni saya ambik ahad lepas semasa nak pergi ke giant batu 9
ada berani tak mak ambil close up, jarak dekat tak dekatlah
memang saya anggap tuan kereta tu kuangajau banget 
dia anggap, dia kereta besau dan lagak macam tokeh bab...ada aku kisah?

aku tak kurang ajar kalau orang tak kurang ajar
tapi bila pemandu ni tak ikut rule
main keluar simpang tak toleh kiri kanan
makan lorong pemandu lain
mak ni jadi panas sehhh

ni mama rocky pantang diperkotak katek
dengan lajunya terus tuju bontot kereta pasangan berlagak nih
tu yang dapat bersebelahan, terus shoot...pehhhh sirap nyonya dan apek tuhhh

apek tu terus turun tingkap
tanya 'lu apa mau'
gua pun cakap, kita malaysia ada undang-undang..apasat keluar macam orang mabuk? 
apa apek tu cakap  hangpa nak tau?
'mana gua tau, apa itu undang-undang?'
citttt...nampak sangat bangsa ni jenis @@**%##$cjsj
tapi yang paling kesat telinga ni mendengarnya...
'lu pakai kereta kecik bagi laluan pada gua lah, bodoh melayu!'
see....
mau tak terbakar maruah sebagai bangsa melayu?
mujur lampu traffic dah bertukar hijau da...

nota diari: 
kurang-kurang ajar mr, mr ni tak pernah hina bangsa dan agama orang lain..

Isnin, 9 September 2013

Kongsi Ilmu- Perlindungan Diri & Rumah Dari Sihir



Hidup kita hanya satu
menyembah kepada yang Maha Esa
Dialah yang selayak-layaknya yang harus kita sembah

Kita ingat padaNya bukan di waktu susah sahaja
tetapi di kala senang dan belum terkena pun kena ingat-ingat juga kan?

dalam hidup, bukan semua orang yang senyum dengan kita itu senang dengan kita
dan bukan semua orang yang tak bertegur dengan kita tiada masalah dengan kita
bukan nak berprasangka
bukan nak membenam benih berhasad dengki 
realitinya
manusia mempunyai sejumlah zarah menaruh iri dan cemburu
tiada yang mustahil 
di alam dunia! 

selayaknya dan serendah diri
saya nak berkongsi ilmu yang saya perolehi
insyaAllah, kita amalkan bersama
untuk manfaat diri sekeluarga..

Apa-apa surah dalam Kalam Suci Allah
Kitab Al Quran mengandungi 1001 penawar dan pelindung yang tidak terperi ubatnya

- Amalan selayaknya -

Baca surah Al Baqarah ayat 1-4
Baca Ayat Kursi (dalam surah Al Baqarah) ayat 255
dan
Baca surah Al Baqarah ayat 284-286

-seelok-eloknya baca setiap kali seusai solat 5 waktu dan malam sebelum tidur-
*insyaAllah, kita berusaha dan kita juga wajib bertawakal kepadaNya*

Jumaat, 6 September 2013

Menggapai Semangat!


bukan senang berada di lapangan kebajikan
orang luar nampak mudah
serah duit, kes selesai sudah!
tolong sikit...
kerja aku ni melapor dan menilai permohonan bantuan
dalam senang ada susah
dalam susah ada senang
manusia yang datang bermacam-macam ragam
mendengar, mencatat, mengimpati
semuanya macam dah sebati
terasa semakin lali

berangan nak berhenti dari makan gaji pun ada
tapi pakar ekonomi di rumah cakap jangan mengada-nggada
hahahaha
hidup bukan selalu bahagia
tapi hidup juga bukanlah selalu derita
pun hidup
tidak selalu di ruangan suka ria
dan tidak pula jemu sering bertandang

mungkin semangat perlu digapai
agar diri tidak berterusan terkapai di lautan badai...... 

Selasa, 3 September 2013

Hanya Luahan


tajuknya seakan ganas..ahh inilah ayat penyejuk hati kot tapi lebih kepada provok!
hakikatnya dan realitinya saya tidak suka bersikap plastik atau bermuka-muka..jadinya bila saya tak suka bertalam-talam maka dengan sendirinya saya tak suka orang bersikap plastik!

mungkin ada sebab-musabab si polan bersikap sedemikian..nak jaga hati? hahaha...
tapi pedihnya jiwa bila ada yang menikam belakang..
aduh..ramadhan baru berlalu dan syawal bakal mengusung hari menjejaki langkah ramadan!

sejujurnya saya sendiri amat anti perkataan BENCI..
benci mungkin ada sebab dan lihat pada situasi atau keadaan..
siapalah kita nak menutup mulut-mulut di luar sana yang ingin mencanang privasi kita!

makanya..
saya ingin kembali ke 'dunia asal' saya 
mengetus qasidah bahagia
mencari kolam ketenangan dengan pena-pena sastera
menghabiskan ruang dan waktu 
menyiapkan eceran-eceran yang pernah ditinggalkan
sedikit masa lalu

-ini janji waktu saya-