Jumaat, 20 September 2013

Jangan Baca !

mama ni follow jer rancangan yang diterbitkan di oasis kat astro tu
alah..talk show 3 ustazah..
korang kalau tak kisah boleh blah ah..
saja mama nak coretkan buat teladan!

terselit pengajaran 'jangan membebel' wahai isteri-isteri
kisahnya seorang lelaki ni penyabar orangnya
sejak berkahwin tak pernah nak membalas kata isterinya
si isterinya pula dilahirkan 'suka berkata-kata'
yelah kan..kerja rumah, uruskan anak, masak-masak, cuci pakaian semua di bahu isteri..manalah si isteri tak melepaskan geram dengan membebel!
mungkinlah si isteri ni super hebat, membebel siang dan malam!
si suami dah tak tahan menanggung perasaan pada suatu malam hari...
dengan penuh semangat si suami mendukung isterinya lalu dicampakkan isterinya ke dalam perigi buta di belakang rumahnya! masyaAllah, sungguh kejam kan??
(dalam hati news ni kenapa tak keluar dalam paper ek?)
ok sambung lagi..
si suami rasa sangat lega dan teramat puas hati
tiba-tiba si suami terjaga dalam pukul 3 pagi
meraba-raba tangan kirinya, mencari isterinya tiada di sisi ketika di kamar!
dengan segeranya si suami ke belakang rumah..
alangkah kepalang si suami
terkejut melihat makhluk berbulu teramat besar merangkak keluar dari dalam perigi!
si suami sempat berdialog dengan sang makhluk itu
bertanyakan apakah hajat makhluk itu keluar secara tiba-tiba kerana selama ini mereka sekeluarga tidak tahu menahu kewujudan makhluk berbulu di dalam perigi mereka!
makhluk berbulu itu pun menjawab soalan lelaki itu dalam keadaan termengah-mengah..
sebenarnya makhluk itu memang dah bertapa di dalam perigi buta sejak berkurun lama sebelum pasangan tersebut diijabkabul lagi
namun makhluk itu terpaksa mengambil keputusan dengan berat hati untuk keluar dari tempat pertapaannya kerana tidak tahan bertemu dengan wanita yang sangat suka membebel!!!
pulak, itu macam pun ada??
nah..perkiraan kita sekarang bagaimana ya?
renung-renungkan...

Tiada ulasan: