Isnin, 9 September 2013

Kongsi Ilmu- Perlindungan Diri & Rumah Dari Sihir



Hidup kita hanya satu
menyembah kepada yang Maha Esa
Dialah yang selayak-layaknya yang harus kita sembah

Kita ingat padaNya bukan di waktu susah sahaja
tetapi di kala senang dan belum terkena pun kena ingat-ingat juga kan?

dalam hidup, bukan semua orang yang senyum dengan kita itu senang dengan kita
dan bukan semua orang yang tak bertegur dengan kita tiada masalah dengan kita
bukan nak berprasangka
bukan nak membenam benih berhasad dengki 
realitinya
manusia mempunyai sejumlah zarah menaruh iri dan cemburu
tiada yang mustahil 
di alam dunia! 

selayaknya dan serendah diri
saya nak berkongsi ilmu yang saya perolehi
insyaAllah, kita amalkan bersama
untuk manfaat diri sekeluarga..

Apa-apa surah dalam Kalam Suci Allah
Kitab Al Quran mengandungi 1001 penawar dan pelindung yang tidak terperi ubatnya

- Amalan selayaknya -

Baca surah Al Baqarah ayat 1-4
Baca Ayat Kursi (dalam surah Al Baqarah) ayat 255
dan
Baca surah Al Baqarah ayat 284-286

-seelok-eloknya baca setiap kali seusai solat 5 waktu dan malam sebelum tidur-
*insyaAllah, kita berusaha dan kita juga wajib bertawakal kepadaNya*

Tiada ulasan: