Selasa, 29 Oktober 2013

Rindu Pada Rumah Lamaku..


alhamdulillah
ketuk-ketuk jemariku pantas menelurkan firasat yang terlintas diingatanku sekarang..entah kenapa hati dan seluruh raga ni teringat sahaja rumah lamaku di Laman Suria!

teringat susah payah bersama dengan cik hasben mendekorasi rumah apartment tu
berhabisan duit tidaklah sampai akaun tabungan kering
buat sekadar mampu, beli sambil berhemah
asalkan kena gaya, sedap mata memandang
itulah tempat kita berteduh anak beranak
di saat hujan dan panas, ribut dan taufan
wah...sangat sentimental..so sweet u  ")

mama rocky ingat lagi
beli rumah tu ketika bujang 
emm rasanya lagi dua tahun lebih nak kawen kot..hikhikhik

ok, dengan harga yang agak berpatutan
mama rocky pada masa tu bersama kakak blogger cinta kurniaan dari syurga 
(yang sangat-sangat baik hati peneman orangnya)
telah selamatnya pergi ke kajang
untuk joint launching pemaju tu..dah berminat, sambar ler satu (ceh...)

so hope, rumah mama rocky tu dapat dijaga sebaik-baiknya
oleh penyewa sekarang
mereka tu suami isteri staf bank rhb di bangi
belum lagi dikurniakan cahaya mata katanya
apapun, mama rocky sangat mempercayai mereka berdua..

aduh..rindunya pada rumahku!



Saya dan FB

sumber : google

salam sejahtera dear all di luar sana

mama rocky bukanlah nak kompang sangat
terutama dalam blog kesayangan mama ni
secara rasminya mama rocky dah unfollow atau lebih senang kepada ayat membuang akaun fb dan sejujurnya berusaha tidak akan membuka akaun baru, insyaAllah!

mama rocky merasakan sudah tiba dan ketikanya 
untuk menjadi lebih privasi
kahhhhh ayat busuk weh
macamlah glamer i ni sangat!! (mata naik atas...poyosss)

biasalah, dan lantak pedulilah
rangkaian sosial sebegitu
kadangkala boleh mengembarakan seseorang ke zaman silamnya
start dah pemikiran mama nih.....

seyes mama rocky mengakui
disebabkan kebencian melampau
pada seseorang
well, bila dah berhubungkait
daripada berterusan membangkitkan perkara silam
why not mama rocky sahaja yang berundur!
orang cakap, fB boleh menyatukan mereka yang telah lama jauh terpisah
emm daripada nak tahu kisah peribadi orang
kemudian bertemu, mengorek dan menikam kisah mesah mak nenek keturunan kaw
apakah maksud semua ini?

tak semua orang menjadikan medium sosial ini sebagai sesuatu titik tolak membina ikatan atau ukhuwah yang utuh, sebaliknya ada sesetengah insan sanggup melihat sahabat atau rakan taulannya jatuh tersungkur dan kalau boleh jatuh tidak bangun-bangunlah senang cakap...

ishhh..ke laut dah ni wehhh
yang pasti mama rocky bahagia sebagai blogger, bahagia!!

Isnin, 28 Oktober 2013

Koleksi Cun Diari dan Notebook


wau
tajuk entri tak tahan..emm ada aku kisah?
mama rocky pasti sangat-sangat
hangpa di luar sana
mesti ada diari memasing nak-nak masa zaman sekolah rendah atau zaman sekolah menengah dolu-dolu kan? hihi..mama rocky sendiri tak pernah missss u...saban tahun, macam dirasuk hantu raya supaya diari yang lama dapat diganti yang baru..alah, macam malu-malu nak mengaku ada diari konon...wehihi..mama rindu sesangat siot kat zaman bengong mengong nih..asal ada peristiwa manis atau pahit mesti mama catat dalam diari tau..yang pasti diari mama tu tak pernah terlepas dari tangan ini..kahhhh

menjelang kedewasaan, menjejakkan kaki pula di ipt
maka kelangsungan memori ini 
masih lagi dalam musim bunga-bunga cinta..
tak pernah rasa jemu untuk
mengabadikan memori di dalamnya!

wau lagi..
diari dan notebook
macam dalam pic di atas, antara yang masih
dalam koleksi terbaik 
yang kusimpan sehingga kini!

sayangnya
diari mama rocky kini lebih 'rasmi' dan emmm...
tak mau cakap lebih, tapi biasa ler
lebih kepada rasmi-rasmi gitew..
sedehhhhhh

mama ni memang jiwa jiwang
opkos..
hidup mesti beremosi ma, baru kita dapat menikmati 
erti HIDUP
kahhhh..
korang macam mana, ada diari lagi?



Jumaat, 25 Oktober 2013

Kata-Kata Semurung Lagi..


salam sejahtera semua..
salam pagi jumaat!

kurangkan berkata-kata hari ini
fahami dan hayati 
kata-kata semurung di atas..

saya juga menghayatinya!

Khamis, 24 Oktober 2013

Cabaran Hari Ini : Card Holder Berwajah Baru!


salam sayang semua!

mencabar tak mencabarlah kan
yang penting mama rocky tak naklah sangat
keluarkan duit sangat-sangat
hanya semata-mata nak dapatkan
atau gantikan tempat letak 
bisnes kad  @ card holder yang baru...

sebenarnya mata mr ni sakit 
bila tiap kali cari nama person dalam CH ni
eiii membosankan 
apatah lagi dah bertompok-tompok putih
macam dah usang gitew...

emm sebelum jam 8.00 tadi
mr dah rembat pembalut hadiah terpakai
apalagi..
wrappppp ar....
see....
kan dah lawa..
sejokkk mata mak ni nak oi...

*nota diari* :

terbenam nafsuku daripada nak membeli yang baru!

Selasa, 22 Oktober 2013

LAcK Wall sHeLf - kisaH IKEA Lagilah..

LACK Wall shelf unit IKEA Narrow shelves help you to use small wall spaces effectively by accommodating small items in a minimum of space.

sumber :  IKEA

ALhamdulillAH
berCerita lagi mak ni hah tentang belian mak masa 
kat ikeA itu hari

rentetan entry mak sebelum ni 
ni ler barang yang belum kuau dari kotak
cik suami simpan dulu bawah katil 
harta donia regernya RM199
* harap terjawap persoalan mama Fizah
hihi *_________*

mama rocky tak tau naperlah nak oi
kenapalah konsep kat ruang tamu
nak dipalit dengan warna garang-garangan 
letih pikio..

pasangannya tu 
yang lack tunggal yang regernya RM79
ala-ala rak atau para tunggal ler bawah tv nanti
gasak ar 
mama rocky diam jer..tunggu dan lihat jer..

okeh..
kita jumpa di lain entri yer
nanti mama rocky hapdet lagi.

*nota diari *

Mendeko Menghilangkan Tekanan (*wauuuuu)

Isnin, 21 Oktober 2013

Bersiaran Lagi Dari IKEA ye!!


Salam kasih sayang semua..
hai mama-mama di luar sana, apakhabar yer?
korang semua dah susun-susun @ kemaskan rumah ker?
adoshhh
mama rocky kalau jadi suri rumah mau ada jer benda nak buat
masak mengemas macam-macamlah kan..
sapa yang tak teringin nak lakukan semua
dari air tangan kita sendiri kan?
tapi macam mr ni pun, walau tak guna khidmat
pengasuh-pengasuh upahan
kerja rumah tetap kerja rumah, wajib jalan!
kang sakit mata ni hah..makan dalam weh..

okeh, baru-baru ni
cik hasben ni dok pujuk pi jenguk IKEA
mama ni, dah macam ni mood tak menentu
bantai layan ajelah
lepas asar, dusshhh exit ke sprint h/way
tol pun tollah
jom layan pic kat bawah ek..



ni beg sempat dirembat, RM65 se..katanya dari koReA



oh..mama pasang FlasH jap..hah..terang kau..
tu katalog kuning tu tahun 2010..
simpan lagi tau..


aduihhh cik hasbenku terselak auratnya
dak akak setia di sisi bapaknya
eh si bujang mana??
ok, dah tido..
sampai rumah dekat jam 11 malam ler..


aktiviti pasang-memasang
laiva bookcase
harta ni tengah promosi tau
RM75
sedap gak kayunya *tapi tak leh makan
lembut ar..


siap dah pasang
tak sampai setengah jam cik aziz pasang
khusyuk giler pasang
aku menegur pun bunyi emm, aaa, emm, aaa jer...


ha..
tu baru siket mama rembat pensil tu
hihihi


layan jer gambau ..


ada 2 benda mama nak cakap
tengok dinding belakang
sangatlah cantik
hasil kreatif sakinah dan asyraf
oh yang lack merah tu pasang lambat lagi..
idea..idea..


ishhh..sakit siket bang..
regernyer cik hasben lah poketnya panas
bininya cekau beg korea tu jer..

-sekian stori kali ini-

terima kasih..

Isnin, 14 Oktober 2013

Birthday Cake MyKids


esok HarI rAYA QurBan
mama rocky still di sini..tak tahu nak masak menu apa,
 insyaAllah akan memikirkan sat-sat petang yer..
malas nak menaip sangat
playdoh ni daku beli dah 3 bulan lepas
buat mainan dua beradik di dapur

seronok gak bila tengok dak kakak menggelek doh
dak adik lak tolong buatkan acuan (walau tak cantik mana...)

saja kasi idea dan akai depa bergerak
hi..hi..hi..

Jumaat, 11 Oktober 2013

Projek Mengemas Bilik Anak-Anak


Salam petang jumaat semua..
mama rocky sekarang masih on going toch up bilik nombor tiga rumah kami
ishh..ishh..belum perabih mengemeh rumah aku nih!!
pening pun ada..
sikit-sikit mengemas, susun-susun barang lak menjadi kegilaan mama

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



dolu-dolu punyer entri mr ada ceritakan di sini  tapi disebabkan terlalu menyakitkan mata dan sukar pencarian sesuatu barang, maka berlakulah lagi aktiviti sisihan di bilik ni..inipun masih belum siap sepenuhnya..huhu sedehhh :(




see..anak dara mr masih lagi nak menempek..dak kakak sukalah kalau mamanya ni mengemas bilik ni..kesian belum sudah lagi nak! Tak ada idea nak mengemas toys yang ada kat atas tingkat tu..wah..kena skodeng member blogger yang kaya dengan dekorasi rumah ni..jeng..jeng..jeng..

Khamis, 10 Oktober 2013

Mouse Pad Serba Guna


salam semua..
harap tak ada yang pelik..tetiba mr tempek
pic kalender kuda hari ini..
adalah sesuatu kan?


see..
mouse pad mr, gift daripada KKM..ceh..tentang kempen kurangkan gula
atasnya kalis air, tapi mr dah guna bahagian bawahnya pula sebab kesat dan cursor leh lak gegerak..
makin hari, bosan lak sebab dahlah hitam..bosan dan beku!
apa nak godek barang ni..
blink...terbit satu idea!


mr carik kalendar kuda yang lama
cantik..idea sudah mari..idea sudah mari..
mr pun potong elok-elok buat dijadikan alas untuk mouse pad
emm..sekarang ni nak deko sikit kat MP
kasi ceria siket *_____*
tengah fikir-fikir lagi ni..

ok..nanti ketemu lagi ye!

Rabu, 9 Oktober 2013

Projek Deko Lagi...




wah..sekali lagi mama rocky nak sharing tentang projek deko atau kata manisnya hasil tangan cik hasben tersayang..DIY lagilah kau..cik hasben daku ni memang pantang nampak tanah ada sikit kat belakang rumah..habis disuntukkan untuk kegunaannya!

see, inilah dia stor utama alat-alat atau barang teknikal cik hasben..segala barang tukang bagai ada di dalam, simen pun ada tau! stor di dalam rumah ada, tapi cik hasben buat tak besar mana, memang ngam-ngam ho untuk peralatan barang dapur yang kurang digunakan oleh isterinya ni..eiiii ") 

memang mama rocky nampak segala atau setiap inci yang digunapakai adalah lebihan bahan semasa menukang rumah kami tahun lepas..gigih tau cik hasben saya menukang..zink biru tu lebihan atap kat depan rumah..kayu untuk buat rangka tu pun adalah lebihan semasa nak naikkan atap..cik hasben cakap tu kayu 18..oho, baru mama rocky tau..kayu saiz halus..padanlah.....

memang ada gunanya stor extra ni..taklah kita bercampur barang..senang nak cari satu tempat...yang penting, jika di luar rumah, cik hasben saya kuncikan dengan mangga! walaupun barang-barang tukang tapi mau sayat hati kalau hilang...

ok, nanti kita kongsi lagi apa-apa stori tentang projek deko ye ")

*tATa*


Selasa, 8 Oktober 2013

DIY Flash Card Untuk Anak-Anakku!!




alhamdulillah..
hari ini mama rocky nak share dengan korang apa yang mr lakukan masa lunch tadi
nyehhhhhh
sangat suka..
walaupun daku berkerjaya dan orang cakaplah, tak yah nak kedokot kuaukan duit tapi selagi mr boleh do it yourself, why not kan???? 
apapun mr yakin, suri-suri rumah di luau sana, pasti ada idea yang kreatif mungkin untuk aktiviti anak-anak di rumah kan? janganlah ada yang nak menghentam mama-mama yang berkerjaya ni asal tahu bekerja jew tapi bab uruskan rumahtangga ke laut..hello, kita orang perempuan..sama-sama bergender wanita..dah kau yang tak nak memajukan diri janganlah pulak terasa jeles dengan kehidupan orang...

seh...ok apapun, setiap wanita pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya..ini usaha mama rocky yang serba ciput..ambik pun kertas recyle..kat rumah tu mr terjumpa berlambak pensil warna, crayon bagai..
emm..sekarang ni tengah superhebat untuk mendekorasi seluruh rumah kami..tunggu ")

nota diari : 
* jangan harapkan kesempurnaan *

Sabtu, 5 Oktober 2013

Menu Sore Kami Hari Ini!



emm baby dalam perut mama rocky hari ni tetiba nak makan mee goreng basah..gurrr terliuk jugak mengidam bila membayangkan udang segar menari di celah- celah mee kuning nanti!

jenguk dalam peti ais, ok cantik...bahan semua lengkap! maka bermula aktiviti memasak daku..alhamdulillah, nak makan punya pasal..

jemput makan semua!

Jumaat, 4 Oktober 2013

Ada ketika, perlu renungan!


semalam 3 oktober, daku menerima berita dukacita di mana seorang bapa saudaraku telah pergi menghadap Ilahi..dan hari ini, dalam tengah hari tadi pula kami di jabatan menerima berita tentang pemergian bonda tercinta kepada ketua jabatan kami ke alam barzakh..innalillah..begitulah rencah kehidupan, bahawa mati itu pasti!. Dan mati itu juga bukan milik total untuk pada yang berusia sahaja! Yang hidup hanya menunggu masa untuk dijemput..senantiasa daku memesan diri agar berdendam pada dunia..ya, berdendam supaya waspada agar tidak tergelincir daripada kunyahan dan ratahan dunia..ya Allah, dalam bulan ini juga daku masih menyimpan kemas ingatan pada tarikh 19 oktober..genap kelak arwah ayahandaku kedua tahun bersemadi di sana..emak tak jemu menjenguk pusara arwah abah, katanya bunga kemboja putih tetap merimbun walaupun rendang! semoga Allah menempatkan roh arwah-arwah yang daku sayangi dan hormati di kalangan orang yang beriman..Al Fatihah.