Jumaat, 4 Oktober 2013

Ada ketika, perlu renungan!


semalam 3 oktober, daku menerima berita dukacita di mana seorang bapa saudaraku telah pergi menghadap Ilahi..dan hari ini, dalam tengah hari tadi pula kami di jabatan menerima berita tentang pemergian bonda tercinta kepada ketua jabatan kami ke alam barzakh..innalillah..begitulah rencah kehidupan, bahawa mati itu pasti!. Dan mati itu juga bukan milik total untuk pada yang berusia sahaja! Yang hidup hanya menunggu masa untuk dijemput..senantiasa daku memesan diri agar berdendam pada dunia..ya, berdendam supaya waspada agar tidak tergelincir daripada kunyahan dan ratahan dunia..ya Allah, dalam bulan ini juga daku masih menyimpan kemas ingatan pada tarikh 19 oktober..genap kelak arwah ayahandaku kedua tahun bersemadi di sana..emak tak jemu menjenguk pusara arwah abah, katanya bunga kemboja putih tetap merimbun walaupun rendang! semoga Allah menempatkan roh arwah-arwah yang daku sayangi dan hormati di kalangan orang yang beriman..Al Fatihah.

1 ulasan: