Selasa, 29 Oktober 2013

Saya dan FB

sumber : google

salam sejahtera dear all di luar sana

mama rocky bukanlah nak kompang sangat
terutama dalam blog kesayangan mama ni
secara rasminya mama rocky dah unfollow atau lebih senang kepada ayat membuang akaun fb dan sejujurnya berusaha tidak akan membuka akaun baru, insyaAllah!

mama rocky merasakan sudah tiba dan ketikanya 
untuk menjadi lebih privasi
kahhhhh ayat busuk weh
macamlah glamer i ni sangat!! (mata naik atas...poyosss)

biasalah, dan lantak pedulilah
rangkaian sosial sebegitu
kadangkala boleh mengembarakan seseorang ke zaman silamnya
start dah pemikiran mama nih.....

seyes mama rocky mengakui
disebabkan kebencian melampau
pada seseorang
well, bila dah berhubungkait
daripada berterusan membangkitkan perkara silam
why not mama rocky sahaja yang berundur!
orang cakap, fB boleh menyatukan mereka yang telah lama jauh terpisah
emm daripada nak tahu kisah peribadi orang
kemudian bertemu, mengorek dan menikam kisah mesah mak nenek keturunan kaw
apakah maksud semua ini?

tak semua orang menjadikan medium sosial ini sebagai sesuatu titik tolak membina ikatan atau ukhuwah yang utuh, sebaliknya ada sesetengah insan sanggup melihat sahabat atau rakan taulannya jatuh tersungkur dan kalau boleh jatuh tidak bangun-bangunlah senang cakap...

ishhh..ke laut dah ni wehhh
yang pasti mama rocky bahagia sebagai blogger, bahagia!!

Tiada ulasan: