Khamis, 21 November 2013

Adakalanya Kita..


adakala kita perlukan renungan
adakala kita perlukan ketenangan
adakala kita perlukan cabaran
adakalanya pula perlukan masa sendirian

renungan, ketenangan, cabaran dan bersendirian
penawar dalam meniti kedewasaan
mengorak dan melangkah ranjau yang panjang 
semoga kehidupan di masa sana
 tidak jemu dan meletihkan



Rabu, 20 November 2013

Tikar Orderku Dah Tiba!



salam tengahari
saja nak masukkan entri ni
tikar evamatik ni dah sampai hari sabtu lepas!
seorang posmen yang baik hati telah menelefon mama
mana taknya tuan rumah @ ibu pengasuh anak-anak mama tiada pada masa tu!
mujurlah puan Fizah pemilik blog Susun Atur Sioca
ada letak nombor handphone mama
gila kawww menunggu
tak sabau menanti barang yang dikirim!

mama suka sangat, cik laki pun puji
sebabnya dah lah ringan pastu mudah dicuci atau dilap
(* baru pakai dak cerap dah tuumpahkan air milo...)
mama saja letak kat bahagian depan, di ruang tamu
dok molek-molek kat situ dulu yer
belum ada idea nak up deko..

korang, kalau sapa-sapa berkenan dengan tikar macam mama beli ni..jenguk-jenguklah blog puan Fizah..pelbagai warna pilihan ada..harganya pun berpatutan!

sekian, jumpa lagi!

Selasa, 19 November 2013

Deko Laman Belakang Rumah


eiii
dah musim hujan ni tak leh ar lelama kat luar rumah
nak membanting cucuk tanam pun kena laju
tapi yang best tu, balik kerja dah tak sabau
nak cepat intai belakang rumah
apakhabar tanamanku semua?
seronok berbudi pada tanah
walaupun belakang rumah dah disuntukkan habis
tapi cik hasben berusaha apa cara jua
untuk menghidupkan suasana di laman belakang rumah

ada pokok pandan, daun serai, daun bawang, daun kesum
pucuk tomota pun baru nak tumbuh segau
daun kunyit pun tak dilupa juga, baru nak bermanja!
bunga mekar tu pun sibuk mengembang juga!

Isnin, 18 November 2013

Projek Hujung Minggu : Marble Kek LAgi..



salam sore semua..
wah kat luar sana dah mula hujan kan
al musim la katakan
emm mama nak share jew
semalam buat projek baking
marble extravaganza plus cherry
puiiii
banyaklah vaganza kan..poyosss
sesuka jer, mengisi masa yang ada di hujung minggu

macam biasa 
bahan-bahan untung memang dah ada
tinggal baling jer kat tempatnya
makan panas-panas sedap masa hujan
hari ni dah tinggal setengah sebabnya 
mama dan encik laki bawa bekal ke opis

resipi simple:
4-5 telur gred A
250g @ anggaran 1 cawan marjerin
1 cawan gula (2 pun boleh)
tepung gandum 2-3 cawan
baking powder 2 sudu teh
esen vanilla 2 sudu teh
2 sudu (biasa) susu pekat manis *masam jangan yer ")
2 @ 3 sudu biasa serbuk koko

tatacara:
gula dipukul dengan marjerin
masuk satu-satu telur-bantai sampai kembang
masuk tepung pun sikit-sikit dulu
(kang jem pulak nak mix..)
begitulah juga dengan 
baking powder, susu, vanilla..
dah ada intinya
asingkan 4-5-6 sudu
untuk warna koko
yang ni suka hatilah
cadangan mama 1 bahagian je
korang nak bahagian lebih
terpulang!

loyang sapu dengan planta
panaskan oven 180-200 celcius
selama 30 minit-45 minit
(jenguk-jenguk) 
sebab bergantung pada kek tu nanti, jangan tak masak lak..
selamat mencuba!!

pstttt..sebenarnya mama rocky terkenang ikan patin yang ada member tu bawak dari maran..tapi yelah, bila wassap group tu, tak yahlah biar semua orang tahu..kita memberi orang merasa, orang tak bagi janganlah terasa kan??? haha..tak tau malu lak mama ni...mungkin nak 'menghulur' kot..mama lak tak mengirim..alahai lagipun tak berbaloi kalau beli sedikit..ntahlah..mama, relax yer..orang ngandung  ni memang cepat terasa..iyer  ker?? tak suka ar statement ni!!!!

Khamis, 14 November 2013

DIY wRapping PaPeR!


hAI KAwAN-KawAn
selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni..
maaf dah soRe baru nak wish..

hari ni mama rocky nak sharing
apa yang dilakukan petang-petang sejuk gini..

demi menjimatkan kos
mama google imej pattern
semata-mata nak balut dua buah kotak A4 terbuang kat opis ni
amcam..kita layans gambau ye ")


ni hasil pattern yang telah diprint
mama guna kertas terbuang okeh..(risaikel paper..nyeh..)


letakkan atau lekatkan double tape kat kotak A4..


see..
mama jadikan sebagai tempat alas..
belasah jer


hasil setelah kedua-dua kotak dibalut
sebenarnya mama nak letak sumber komuniti opis
nampaklah smart siket..
tuiiii..puji diri sendiri..
okeh..bereh!!

Rabu, 13 November 2013

17 Item Perlu Ada Dalam Beg Bunga Coklatku


salam sayang semua
hari ni mama rocky nak post entri tentang barang-barang atau item yang ada
dalam kehidupan seorang wanita
(pehhh bunyinya amat meluatkan, ampun yer!)

i'm not sure kat orang atau wanita lain
yang pastinya, mama ni ada mengasingkan benda-benda alah ni dalam beg comel yang berasingan daripada nampak berserabut bercampur aduk dengan barang-barang yang lain. almaklumlah, lately mama tak guna handbeg gi kijo..hanya pakai beg sandang je macam nak gi sekolah ")

17 item..
emm dah cukup banyak tuh
wajibun ada minyak geliga dan minyak cap kapak..kot-kot ada time kecemasan melanda kami anak beranak ni hah..vicks pun kena ada..bukan untuk si tua jer, anak-anak meragam tenyehkan ajer..mama dah tak guna lagi minyak yuyi..isunya tak berkesudahan..ntahlah..

sabun ketul dari hotel dan shower gel pun bantai campak..senang dalam bentuk kit! sewing kit pun ada tau..kot-kot seluau ada yang terkoyak ke atau kancing baju tercabut ke..boleh standby ye tak?

oh ye..tisu wipes pun mama tak leh pandang sepi gitew, harus ada kaw..bukan untuk cuci bontot yer, ni hah kalau budak-budak kecik makan ater kadang-kadang terlepas gak controlnya..hah, bagi yang dewasa pun boleh guna..multi purposelah..yang lain-lain tu macam gunting, sepit seketul, pin baju baby, celak dan gincu serta losyen muka harus ada..pencuci muka jer tak ada sebabnya dah habis..mama guna safi jer..dan lagi gola-gola dan getah rambut pun jangan dilupa!

okeh bebeh..enough my stori today..
semoga u olls bergembira dengan keluarga tercinta hari ni yer!




Isnin, 11 November 2013

Kisah Dari Dapur- Episod 2


Salam hari Isnin semua
dah petang, baru mama sempat post entri ni
simpan dari minggu lepas
tapi disebabkan kesibukan peribadi dan kerja kerji
maka takleh mama ni lelama sangat ngadap blog

untuk pengetahuan dan korang yang memang tak nak tahu
mama ni dah terkena angin meroyan
mengemas, mengemas dan mengemas lagi
tapi seyes sehhh
tempat mama melompat dan berjoget ni 
terutama di dapur
very simple dimple
taklah hebat mana nak oi

nak-nak lagi 
bila perot memboyot
kaw nak membongkok ater nak bangun semula
mau tak berminit gagahkan diri
ceh..cakap macamlah awak tu ngandung sorang
kahhh
mak ni umur dah meningkat
urat dah banyak putus
so, energy tu tak sama macam orang beranak pes taim

eh..eh..
lari jauh ke laut selat melaka lak
bicara wanita hari nak soksek hal ehwal dapur

jom layan, tak mau layan sila pergi dot..dot..dot
kehkehkeh


bersesuaian dengan fizikal mama takat masa ni
sesuai sangat rempah ratus ni semua 
berada di atas table top
bekas beras, bekas bawang, 3 bekas serangkai (garam, kunyit, asam jawa) dan rempah ratus utama WAJIB berada di situ..bunyi-bunyi macam ada can nak berubah lokasi jew..kalau ada sapa yang perasan dalam entri Dapurku Dilanggar Todak sebelum ni ada tunjuk yang bekas-bekas rempah bagai tu mama letak kat bawah table top..
la ni, mama tak larat nak oi..rombak lagi untuk kemudahan mama
mama suka yang simple, ringkas dan mudah dicapai..gitew



see kowang
simple dimple gilers mama punya trend kan organize barang-barang?
serendah diri, lagi sekali seyes no colouring beautiful
wuahwuahwuah
yang ada tulah, tag tu jer bertukau stiker
guna apa yang ada, sejak ada rumah dan tangga.. ")



yang ni, DIY yang baru dilakukan
hasil penyelidikan pantas dan cepat di blog kenkawan tersayang
mama bangga bila tengok
kenkawan semua mempunyai planning untuk organize dapo 
setidaknya memberi tips kepada kita sebagai ibu dan wanita yang memang kena ke dapur selalu! oh dapo..cakap tentangnya, sampai bila tak sudah!!!

sekian my stori ")

Jumaat, 8 November 2013

Kongsi Jiwa Lagi..


kengkawan
kita lari sedikit daripada hal ehwal yang menyesakkan otak jap yer
kaw ayat, tak menahan
dah tu..nak bagi orang lain bahagia
ater diri sendiri?

takper
senyum sambil menulis
berkongsi yang berpekdah di blog pun
boleh huraikan duka orang
kut-kut lah kita ni tak terbit idea lagi kan??
eiii
macam bagus je..macam bagus je..
hakhakhak


Khamis, 7 November 2013

Cara Simple Daku Organize Locker Opis


salam semua..
hope belum terlewat wish salam maal hijrah untuk rakan blogger semua
untuk entri kali ni
mama nak share tentang kisah dalam locker buruk dan sendat mama nih
see
tipurware putih tu, cawan tu lagi
 tak agak-agak bersidai kat atas rak besi kan?
very standardlah
hakhakhak...


yang ni pula
masih on going nak di upkan stikernya
oh yer, ni laci nombor dua yer
mama nak habaq..
dah 8 tahun tau..tak tukau-tukau pun kekdahnya
tapi disebabkan nak suasana dan selera baru
akan bertukar ganti nanti..tunggu..


tada....
ni rak pertama
mama letak barang-barang atau stok makanan
segala mangkuk hayun plastik dan cawan bagai perlu diletakkan di sini ")


ni rak nombor tiga
eiii malunya
tapi kotak terbuang tak salah di wrap cecantik
buatlah part demi part
kan senang boleh letak barang tertentu
senang lagi nak cari..hukhukhuk..
yang depan sekali tu, mama guna paper beg jer untuk
 letak handbag kecemasan
ceh...ada masa kecemasan le pulak!


yesss
locker atau drawer paling last sekali
mama letak beg-beg kursus yang jarang dicapai..
beres kerja..

sekian kawan-kawan..
korang punyer pun nanti mama rocky nak terjah ye!

")

Jumaat, 1 November 2013

Dapurku dilanggar Todak!


Salam terindah di hari Jumaat semua...
welcome november, goodbye oktober
yang lepas jangan dikenang, sebaliknya pertingkatkan mutu dan motivasi diri!

pic-pic di bawah ni sekadar pengubat dan penyuntik semangat mama nih yer
bukan nak appear apa-apa pun
kita sebagai mama-mama, umi-umi, ibu-ibu, mak-mak 
dan sekawasan dengannya
kena dan wajibun mempertingkatkan 
mutu dan kecekapan 
bila berada di zon dapur!

jom layan...

*
*
*
*
*
*
*


sebelum

malam tadi
punya masalah
dah bersusun, tapi nak sebab ada cerita kot
maka terjadilah begini..


sebelum

kesemua drawer mama rocky kemas
cari demi cari
tanpa jemu


selepas

hampir 3 jam mengemas
budak-budak memusing jer kat dapur
cik laki pulak senyum sepi (* terima kasih sebab masih nak jaga hati bini dia nih...)
ok bahagian ni, mama letak cawan dan pinggan kaca jer..
mana bakul-bakul lebihan dapat masa 
hari keluarga ke, cabutan bertuah ke..mama masukkan ikutkan kumpulan
kotak hijau dan kuning tu, masih mencari space lah tu...
diam-diam kat situ dulu yer..


selepas

mama rocky ambil keputusan letak rak tingkat biru tu di bawah @ dalam kabinet
mama panggil 'rak rempah'
walaupun tak larat nak bongkok sebab dah boyot, tapi mama tetap gigihkan diri jika nak ambilnya nanti emmm..


selepas

sedap siket mata memandang (mata mama ni hah....)
bila semuanya dah disusun atur
rak di atas sink tu, hanya pinggan mangkuk dan cawan yang perlu sahaja
chopper dan mangkuk-mangkuk tu masih bersidai lagi
tunggu betul-betul kering baru masuk ke tempat beradu sendiri ye..

sekian, kisah daku dan dapur
dapur u all mesti kemas dan tersusun kan?????

*_*