Isnin, 30 Disember 2013

Budi dan Kenangan


salam guys
lama rasanya tak hapdet sesuatu di sini
rindu menggigit jantung hati, terganggu jap sistem kardiovaskular nih..puihhh

dua entiti
budi dan kenangan
mama rocky abadikan pantun yang dipinjamkan nih
khas untuk kita-kita as a blogger

budi tak semestinya pada orang yang sah-sah berada di depan kita sahaja
di alam maya pun, kita masih lagi boleh 'bertaut'
dan kenangan
harap-harapnya biarlah ia dikenang sampai bila-bila
mr tak pastilah blog kita ni boleh bertahan sampai bila
namun yang pasti
yang baik kita ambil, yang tidak baik kita jadikan sempadan

oklah
ada masa mr hapdet lagi blog nih
cerita pot pet nih taklah menarik beno
inilah yang dikatakan ngomelan dalam dsk
ater namanya diari
kejap ditulis, kejap tak tulis
hihhihih

jumpa lagi ")

Isnin, 16 Disember 2013

{ STICKY POST } Check List Bajet :: Tabung Famili 2014




TABUNG FAMILI 2014

Segala puji-pujian ke hadratNya di atas limpah dah rahmat
Alhamdulillah.. daku sekeluarga dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia hendaknya pada hari ini dan hari-hari berikutnya, AMIN!


Akaun Tabung Haji
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun
JUMLAH KASAR : RM200 / setahun (RM150 *Potongan gaji + RM50 * sendiri)
                        : RM2,400 / setahun
                        : Umur 45 tahun :: RM24,000

Akaun Tabung ASB
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun

Akaun Tabung Anak-Anak / NURI Bank Rakyat
Target : RM50 seorang / sebulan = RM600 / setahun (3 orang)
JUMLAH KASAR : RM1,800 / setahun

Akaun Kecemasan Keluarga ( Akaun Debit Bank Rakyat)
Target : RM100 / sebulan = RM1,200 / setahun

 Akaun Kecemasan Peribadi (Akaun Bank Rakyat)
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun

 Akaun Kecemasan EasyFast
Target : RM5 / seminggu @ RM20 / sebulan = RM240 / setahun

Akaun MySyiling Happy
Target : RM0.50 sen / sehari

Akaun Cuti-Cuti Famili (Akaun Bank Rakyat)
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun

Akaun Belanjawan Famili
Target : RM30 / sebulan = RM360 / setahun


salam sayang korang semua..
ini adalah perancangan manusia sahaja, yakni daripada mr sendiri..dan selebihnya hanya DIA yang menentukan segalanya bentuk rezeki untuk kita..selama ni mr pernah simpan yimpan tapi tak lah buat list bagai..cuma bijik mata dan gerak hati ni dah mula BERAZAM biarlah bermula daripada sekarang, perlu tersusun dan terurus finance kita. mungkin korang semua ada bajet list kewangan tersendiri kan? huhu..malu mak nak tapi ni lah permulaan yang ciput dalam menghuraikan list yang ada. cehhh tapi sebenarnya kan, ilmu perancangan kewangan kena ada..kalau masa lebih boleh juga tanya kat AKPK tu buat tambah pengetahuan..tak semestinya untuk orang yang dah kena CTOS atau blacklist jer..

sebenarnya pendapat mama lah kan
kalau nak menyimpan biau dari muda atau bujangan
boleh nak berlibur bagai baik ketika single mingel atau dah berkelamin tapi masa KECEMASAN harus diingat! tapi pada mr (pendapat jahil kot..blurppp), biau hutang dengan bank, tapi jangan hutang dengan manusia..diungkit beb!!

makna kata, kita hutang dengan bank pun dengan pelaburan aset yang besau-besau atau untuk keperluan utama seperti tanah @ rumah dan kereta..terpulanglah..tapi kalau dah terhutang dengan manusia, bayau cantik tiap-tiap bulan takpa lagi kan? sendiri maw hengat la kaw...jangan bikin pening dengan DUIT!

KALAU korang terbaca dalam entri lepas-lepas mama
dengan siap post gambar kabinet bagai
itu semua kumpulan keringat mama dengan cik hasben masa single
bukanlah kata sekarang ongkos dah pokai tapi segala bajet untuk bina rumah, ikut bajetlah..si suamiku, kalau selagi simen dan tiles boleh dimasukkan dalam kereta maka sekonyong-konyonglah akan disumbat dalam bonet dan tempat duduk depan dan belakang..tak ada makna disuruhnya lagi tukang rumah buat..kira kalau yang besau-besau tindakan, adalah juga dia perlukan upah orang lain tapi selagi ada rasa boleh dilakukan, just do it! macam tulah sampai sekarang..senang cakap, duit yang ada perlu dirolling semula termasuklah duit mama sendiri..sedeh tau..

harapan mama setinggi gunung
kalau duit dalam tabung haji dan asb tu bukanlah nak cakap apa, rm3K pun baru nak capai..tak gerak-gerak..percaya atau atak
wanita mahupun suri rumah
anda perlukan simpanan dalam rm6K-rm10k untuk diri sendiri (kalau boleh dengan anak-anak) untuk tempoh 2 hingga 3 tahun sahaja?! dengan zaman sekarang jumlah ni mana cukup weh!!! JUSTERU...mari kita tingkatkan keazaman dalam pengurusan kewangan untuk diri dan keluarga..insyaAllah!

Selasa, 10 Disember 2013

Bila Mau Dapat..



salam semua
sekarang dah minggu kedua dalam bulan disember
esok tarikhnya cantik sangat
11.12.13
kalau mama rocky di melaka
bolehlah wish dengan mak gue 
sebabnya itulah tarikh keramat antara mak dengan arwah pak
tapi tak po lah, adik aku ada kat sana
bolehlah dia bawa jenjalan orang tua tuh 
makan sate dengan cendol kat kampung jawa..huhhh

okehh
ni nak cakap pasal majalah paberet daku
majalah tentang deko lah apa lagi..
masih tercari-cari..sold out je kat area sini
bukanlah pekan kecik tempat kerja @ tinggal aku nih
ke aku yang tak berenang ke tempat lain

seronok weh kalau dapat mentelaah 
pada mr, macam kaw tengah ratah makanan kesukaan
macam tu lah ibaratnya
kalau ada yang tak suka baca tu
aku tak boleh kata apa ar
kira kaw punya pasal lah, ada mak kisah?

setidak-tidaknya
bila membaca, input mari
kita adapt ikut kemampuan dan kreativiti memasing
alahai sesuka jer, setidaknya release minda
korang pulak baca apa bulan nih?
nanti mr sekodeng blog hangpa la yer...

Jumaat, 6 Disember 2013

Semalam Di Old Town Wc


semalam
sejuk, hujan dan terus hujan
kami laki bini pakat makat pekena secawan kopi dan mocha di OTWc
sesekali boleh ar...
tidak berdua, bawak jugalah hero dan heroin kami
tak kan lak nak campak bebudak ni kat pengasuh
lapar bersama, kenyang bersamalah kan....


tiba di otwc permaisuri
mr order mocha punyer
yummi..berasap jap..lawan kesejukan..
oh disember datang lagi..
membawa gerimis dan renyai lagi wehhh


jam dah 6.30 petang
kat opis dah mentah darah yang berat-berat
so di otwc order makanan yang biasa sahaja
yang mak bapak boleh sental
bermakna anak-anak pun boleh follow
karipap dan garlic bread, cukup kot!


wokeh...
dah lah sejuk di luar, kalau dah suka on saja..
thumb baik punya dari cik laki...
teringat kenangan singgah di kuala selangor
ini bukan cendol bakar ye!!!
hi hi hi


dak cerap dan ayahnya
snap pic tak penah yang sharp
gegau je memanjang
tapi mama rasa, ini dah kira sweet 
hahhhh tak hengat donia!!


kalau ayahnya dan anak lanangnya boleh berkongsi aBc
heroin mama ni pulak 
sentap ais krim sensorang
bajet possing baek la pulok..

al kisahnya
sepetang di otwc permaisuri
menghabiskan senja bersama keluarga tersayang
sekian ")

Khamis, 5 Disember 2013

Sharing Ilmu : Tips Ringkas Tanam Tumbuhan Herba


Sumber : Majalah Impiana 
(I  luv it..)

Kebanyakan tumbuhan herba amat memerlukan cahaya matahari yang baik tetapi tidak terlalu kuat, cahaya matahari yang cukup membolehkan tumbuhan herba dapat hidup subur, mengalakkan pengeluaran minyak tumbuhan dan rasanya yang baik.

Tapak semaian dan penyediaan tanah campur yang baik adalah amat penting, tumbuhan herba memerlukan tanah yang kurang beralkali atau neutral. Pastikan struktur tanah anda di dalam keadaan baik.

Tanah juga perlu sentiasa dibekalkan dengan bahan organik yang baik. Jika anda menyediakan bahan organik sendiri, pastikan ia betul-betul mereput semasa digaulkan dengan tanah campur pada peringkat awal penanaman. Jika anda penggemar minuman berasaskan teh, simpan hampas teh yang telah digunakan untuk dijadikan humus kepada tanaman kita.

Anda juga perlu pastikan tapak semaian anda mempunyai saliran yang baik dan tidak bertakung, tumbuhan herba tidak dapat hidup subur tanpa penyediaan saliran yang baik.

Bagi memastikan hasil laman yang segera, pilihlah tumbuhan herba yang sudah membesar dan sederhana matang.

Gunakan racun serangga semula jadi, anda boleh mengunakan pati serai wangi atau 3-4 titik sabun pencuci pinggan mangkuk cecair yang dicampur dengan air untuk disemburkan kepada tanaman. Di samping tanaman selamat untuk dimakan, tumbuhan kita juga bebas dari serangga dan jangkitan.

Gunakan biji lada hitam untuk menghalang pembiakan semut di dalam tanah.


** wah sungguh menarik tips ni kan? insyaAllah kita praktiskan sesama dengan kecintaan kepada tumbuhan hijau atau herba-herba nih..mama suka mama suka..