Khamis, 5 Disember 2013

Sharing Ilmu : Tips Ringkas Tanam Tumbuhan Herba


Sumber : Majalah Impiana 
(I  luv it..)

Kebanyakan tumbuhan herba amat memerlukan cahaya matahari yang baik tetapi tidak terlalu kuat, cahaya matahari yang cukup membolehkan tumbuhan herba dapat hidup subur, mengalakkan pengeluaran minyak tumbuhan dan rasanya yang baik.

Tapak semaian dan penyediaan tanah campur yang baik adalah amat penting, tumbuhan herba memerlukan tanah yang kurang beralkali atau neutral. Pastikan struktur tanah anda di dalam keadaan baik.

Tanah juga perlu sentiasa dibekalkan dengan bahan organik yang baik. Jika anda menyediakan bahan organik sendiri, pastikan ia betul-betul mereput semasa digaulkan dengan tanah campur pada peringkat awal penanaman. Jika anda penggemar minuman berasaskan teh, simpan hampas teh yang telah digunakan untuk dijadikan humus kepada tanaman kita.

Anda juga perlu pastikan tapak semaian anda mempunyai saliran yang baik dan tidak bertakung, tumbuhan herba tidak dapat hidup subur tanpa penyediaan saliran yang baik.

Bagi memastikan hasil laman yang segera, pilihlah tumbuhan herba yang sudah membesar dan sederhana matang.

Gunakan racun serangga semula jadi, anda boleh mengunakan pati serai wangi atau 3-4 titik sabun pencuci pinggan mangkuk cecair yang dicampur dengan air untuk disemburkan kepada tanaman. Di samping tanaman selamat untuk dimakan, tumbuhan kita juga bebas dari serangga dan jangkitan.

Gunakan biji lada hitam untuk menghalang pembiakan semut di dalam tanah.


** wah sungguh menarik tips ni kan? insyaAllah kita praktiskan sesama dengan kecintaan kepada tumbuhan hijau atau herba-herba nih..mama suka mama suka..

4 ulasan:

cik hani berkata...

Good tips..

At least tambah pengetahuan kalau kejong tangan saya nak tanam pokok..

Duk pikir sapa la yang nak jaga nanti..heheh

Mama Rocky! berkata...

betui tuh cik hani..setuju, tambah pengetahuan..at least..

yuyuy akley berkata...

Wahhh tips yg bagus.. Bestnye kalo leh petik je herbs kat dapo kan

Mama Rocky! berkata...

yup..sekarang kat pasar jer pepokok herbs ni jer dah mahal..at least yang mana boleh ditanam, kita boleh petik jer..