Isnin, 16 Disember 2013

{ STICKY POST } Check List Bajet :: Tabung Famili 2014




TABUNG FAMILI 2014

Segala puji-pujian ke hadratNya di atas limpah dah rahmat
Alhamdulillah.. daku sekeluarga dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia hendaknya pada hari ini dan hari-hari berikutnya, AMIN!


Akaun Tabung Haji
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun
JUMLAH KASAR : RM200 / setahun (RM150 *Potongan gaji + RM50 * sendiri)
                        : RM2,400 / setahun
                        : Umur 45 tahun :: RM24,000

Akaun Tabung ASB
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun

Akaun Tabung Anak-Anak / NURI Bank Rakyat
Target : RM50 seorang / sebulan = RM600 / setahun (3 orang)
JUMLAH KASAR : RM1,800 / setahun

Akaun Kecemasan Keluarga ( Akaun Debit Bank Rakyat)
Target : RM100 / sebulan = RM1,200 / setahun

 Akaun Kecemasan Peribadi (Akaun Bank Rakyat)
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun

 Akaun Kecemasan EasyFast
Target : RM5 / seminggu @ RM20 / sebulan = RM240 / setahun

Akaun MySyiling Happy
Target : RM0.50 sen / sehari

Akaun Cuti-Cuti Famili (Akaun Bank Rakyat)
Target : RM50 / sebulan = RM600 / setahun

Akaun Belanjawan Famili
Target : RM30 / sebulan = RM360 / setahun


salam sayang korang semua..
ini adalah perancangan manusia sahaja, yakni daripada mr sendiri..dan selebihnya hanya DIA yang menentukan segalanya bentuk rezeki untuk kita..selama ni mr pernah simpan yimpan tapi tak lah buat list bagai..cuma bijik mata dan gerak hati ni dah mula BERAZAM biarlah bermula daripada sekarang, perlu tersusun dan terurus finance kita. mungkin korang semua ada bajet list kewangan tersendiri kan? huhu..malu mak nak tapi ni lah permulaan yang ciput dalam menghuraikan list yang ada. cehhh tapi sebenarnya kan, ilmu perancangan kewangan kena ada..kalau masa lebih boleh juga tanya kat AKPK tu buat tambah pengetahuan..tak semestinya untuk orang yang dah kena CTOS atau blacklist jer..

sebenarnya pendapat mama lah kan
kalau nak menyimpan biau dari muda atau bujangan
boleh nak berlibur bagai baik ketika single mingel atau dah berkelamin tapi masa KECEMASAN harus diingat! tapi pada mr (pendapat jahil kot..blurppp), biau hutang dengan bank, tapi jangan hutang dengan manusia..diungkit beb!!

makna kata, kita hutang dengan bank pun dengan pelaburan aset yang besau-besau atau untuk keperluan utama seperti tanah @ rumah dan kereta..terpulanglah..tapi kalau dah terhutang dengan manusia, bayau cantik tiap-tiap bulan takpa lagi kan? sendiri maw hengat la kaw...jangan bikin pening dengan DUIT!

KALAU korang terbaca dalam entri lepas-lepas mama
dengan siap post gambar kabinet bagai
itu semua kumpulan keringat mama dengan cik hasben masa single
bukanlah kata sekarang ongkos dah pokai tapi segala bajet untuk bina rumah, ikut bajetlah..si suamiku, kalau selagi simen dan tiles boleh dimasukkan dalam kereta maka sekonyong-konyonglah akan disumbat dalam bonet dan tempat duduk depan dan belakang..tak ada makna disuruhnya lagi tukang rumah buat..kira kalau yang besau-besau tindakan, adalah juga dia perlukan upah orang lain tapi selagi ada rasa boleh dilakukan, just do it! macam tulah sampai sekarang..senang cakap, duit yang ada perlu dirolling semula termasuklah duit mama sendiri..sedeh tau..

harapan mama setinggi gunung
kalau duit dalam tabung haji dan asb tu bukanlah nak cakap apa, rm3K pun baru nak capai..tak gerak-gerak..percaya atau atak
wanita mahupun suri rumah
anda perlukan simpanan dalam rm6K-rm10k untuk diri sendiri (kalau boleh dengan anak-anak) untuk tempoh 2 hingga 3 tahun sahaja?! dengan zaman sekarang jumlah ni mana cukup weh!!! JUSTERU...mari kita tingkatkan keazaman dalam pengurusan kewangan untuk diri dan keluarga..insyaAllah!

6 ulasan:

BAHIYAH AMANI berkata...

Wahhh...hebatnyer!!!. Akaun anak2 tu bagus, kawan akak dulu2 potong rm20 jek sebulan tuk anak2 dia, bila naik pangkat naik jadi rm50. Skrg ni anak dah umur 12 dan 10 tahun, memasing ada dlm RM6k sorang dalam bank. Sikit2 lama2 jadik bukit. :)


Mama Rocky! berkata...

ye kak bai sayang..akaun anak-anak saya dalam NURI pun lagi nau sedehnya, kakak baru nak capai rm2K dan dak cerap lak baru rm400..beza giler..mamanya nih lom kuat konsisten ler!!..try the best, kayuh pelan-pelan..

Fizah berkata...

semoga dipermudahkan urusan kita semua ya kak :))

UMIE SUE berkata...

terbaik la kak..moga dipermudahkan Amin

Mama Rocky! berkata...

yup kawan-kawan semua..amin!!

shera shehan berkata...

semoga ape yg di rancang berjaya...tq share serba sikit...