Rabu, 15 Januari 2014

Proses Melabel Dalam Laci KC



wuahhhh
dah larut malam ke? eiiii sebelum landing sempat on beLog jap
ni entri rentetan kisah dari dapur episod 2
yang pernah mama rocky post dulu tak dulu..nyehhhh

dari para atas
mr bawa turun ke laci
senang nak capai buat tika dan masa nih
rumah mr takdak tangga comel nak manjat
nak2 sedang memboyot nih
jenuh sehhh
esok lusa tak tawlah ubah ke tidak lokasinya

hasil perkongsian ilmu yang bermanfaat
bersama rakan blogger di luau sana
tak salah kita aplikasikan dengan cara kita lak
tapi janganlah fikir, wo mr tu ada kc bagai
takper...kita slow2 kayuh, mr dolu pun takder kC
simpan piti sikit2 memang perit
tapi bila dah cukup, bajet pun mengizinkan 
tak salah buat kC seperti yang diidamkan...

wah mak
macam perunding hiasan dalaman pulok
bosan kawwww

oklah 
esok mr post entri lagi yer
haha mr, harapan macamlah ada yg baca!
berbulu wehhhh

Cerita Binder 2014




salam beb..
salam maulidur rasul jugak untuk blogger kencang di luau sana
mama rocky semakin ditambat masa sekarang
walaupun dah ada pertukaran displin
dari ortopedik ke perubatan 
tapi mr tetap kesuntukan masa untuk menyiapkan laporan

tapi bila difikirin
ahhhh pedulikan dengan kesempitan masa
kita yang managekan waktu, so reti tak reti
yang penting jari jemari masih setia untuk hapdet belog
nyehnyehnyeh

emm dah ke laut mr bebel dahhh
nak cerita siket pasal binder 2014
yup, mr beli jugak secara online dari blog puan fizah
guna kertas berkaler je sebabnya ink atau print kaler kat rumah dah habis
sedehhhh sebab tak merasai sangat kemeriahannya..
tak pelah, janji apa yang mr nak dah dapat
korang..kalau saper yang berminat boleh gi je blog susunatursioca tu tau
sangat praktikal dan memudahkan dengan cepat untuk mencatat bagi orang seperti mama rocky nih..huhuhu sangat perasan diriku nih..tapi, jujur..binder ni yang terbaik dan best setakat ini yang mr pernah jumpa..yang lain-lain tu, yup ikut kreativiti memasing..guna fail pocket terpakai atau yelah, sape yang pernah gi kursus tu..guna semula dan wrapping dengan pilihan kesukaan anda!

nota diari: 
bajet punya pasal, diari untuk pegawai pun tak dapat..
takpelah, bekerja demi agama dan keluarga
apapun, binder 2014 dapat jadikan pengubat!

Rabu, 8 Januari 2014

Kisah Dari Daiso


korang..
mesti ada di kalangan u ol tahu tentang kewujudan daiso kan?
saja mama nak post entri tentang kisah suatu hari mr di daiso mahkota cheras bebaru nih
nak kata tak menarik taklah jugak sebab mr sendiri tertarik..kikiki
so snap la pic dari jarak -jauh tak jauh- dari lokasi food court

{layan je gambau ni...}


penyangkut dinding yang sangat praktikal di dinding
means, boleh dilekat atau ditampal semula..


emmm
tersua mata dengan pandangan pertama
fabric stiker!!
masih berkira-kira lagi nak buat apa kat fs ni 
fs ni masih setia menunggu di bilik work station rumah mama rocky
eiii sangat teruja bilakala nak balik rumah
sebab nak siapkan kerja-kerja DIY..nyehhhhh


gam UHU atau gam kuat
emmm barang ni wajibun kena ada pada mr
adalah nak tampal barang gedabak yang perlukan kekuatan tampalannya...
dan stoking tuh...
sebagai persiapan mama rocky nanti di bulan mac kelak..eiii

ok geng..
see lagi ")

Selasa, 7 Januari 2014

pROjEK DIY waLL outsider luar rumah






salam sayang semua
genap seminggu di tahun 2014
heppi new year geng!!

mama rocky tak sempat nak sharing ape-ape lately ni
balik-balik stori rumah, anak, kerja, dan ntah-ntah ape lagi
yang pasti mr tak pernah jemu dengan ini semua
dah nama kehidupan!

seriuos
tengah counting day, tinggal 2 bulan lebih nak beranak
harap-harap ngak apa-apa berlaku seh..
doakan agar semuanya selamat yer..insyaAllah

sambil-sambil tu mr jadi peneman setia {eiii..tu pun nak cakap.. ")}
kepada sang suami
percaya atau tak
punya berkurun nak menyetelkan tempat parkir kereta kedua
kat depan rumah kami
cehhhh konon nak guna sebaiknya tanah sekangkang kera tu
asalnya memang tak rata
jadiknya bapak kepada kinah dan cerap ni pi lah 
merata cari batu bata yang dibuang oleh projek-projek perumahan
di sekitar rumah kami
mana tak tahan nak...
projek kami ni hujung minggu jer
cik hasben siapkan dengan gigihnya 
dengan bertekadkan azam tahun baru!
akhirnya petang 31 disember 2013
dapatlah siap dengan cat-cat sekali..letih woooo

kakak sibuk menyapu batu-batu kecil
cerap dengan ayahnya pulak memandang apa lah tu
see..
sempoi je kan laman rumah kami
tak lah besau bagai-bagai
kami buat ikut bajet mampu daya
baru dua tahun duduk, rander rumah dah berlumut dek selalu kena air..
tu pun cik ajiz ada hati nak reno lagi rander pakai batu kerikil
katanya kat area selayang ada kedai tengah promosi
ntah ye ke tak, tunggu aje..

nanti stori lagi yer..